Kojima Production buka cawangan baru – fokus pada filem, TV dan muzik

By Taib Mohamed | November 23, 2021

Kojima Production, pembangun Death Stranding mengumumkan mereka akan membuka cawangan baharu bagi bisnes mereka yang akan memfokuskan projek perfileman, televisyen dan muzik. 

Pengumuman itu dikongsi melalui akaun Twitter Kojima Production menyatakan cawangan bisnes baharu itu akan dibuka di Los Angeles, California, Amerika Syarikat. 

Buat masa ini masih tiada perincian mengenai apa projek yang akan dilaksanakan di bawah cawangan baharu itu. Namun, pelbagai khabar angin dan laporan yang menyatakan kemungkinan akan ada projek yang berkaitan dengan Death Stranding. 

Permainan Death Stranding masih lagi tersedia buat platform PS5, PS4 dan PC. 

Sumber: ComicBook