Bigo Live terus menjanjikan keselamatan kandungan, pengguna Malaysia

By Taib Mohamed | November 23, 2021

Bigo Live menjanjikan akan terus komited untuk memastikan keselamatan kandungan dan akan terus menambahbaik tapisan kandungan yang dikongsikan di platform mereka. 

Langkah ini dibantu dengan asas Kecerdasan Buatan (AI) yang akan membantu mereka untuk memastikan kandungan yang dikongsi oleh pengguna adalah selamat, selain dapat menapis kandungan yang melanggar sensitiviti masyarakat tempatan dalam masa 60 saat.

“Kami berbangga menjadi salah satu daripada pelopor yang membentuk masa depan siaranlangsung dan keutamaan nombor satu kami ialah keselamatan pengguna,” kata mereka.

“Kami akan terus komited untuk memastikan platform kami akan sentiasa selamat untuk pengguna dan menyediakan platform untuk mereka berinteraksi dan menikmati kandungan yang menyeronokkan dan interaktif.”

Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dijalankan di Malaysia, Bigo Live juga sudah melaksanakan beberapa inisiatif untuk terus memastikan rakyat Malaysia akan sentiasa berhubung.

Sejak tahun lalu, mereka sudah melancarkan Bigo Marketplace untuk membantu usahawan kecil dan sederhana (PKS) tempatan untuk melakukan urusniaga di dalam talian. Mereka juga pernah melaksanakan Bigo Pasar Malam pada tahun ini sebagai mempertingkatkan langkah itu.

Selain itu mereka juga pernah menganjurkan pelbagai acara lain seperti Tilawah bersama Bigo, Jualan Musang King dan pertandingan makan dalam talian, Bigo x Merdeka Eating Competition.

“Sementara kami terus menyumbang untuk memerangi COVID-19, kami akan terus menampilkan bakat-bakat terbaik dan pembikin kandungan terbaik buat rakyat Malaysia. Kami berharap dapat terus mengeratkan komuniti rakyat Malaysia dan terus menyebarkan kegembiraan, harapan dan positiviti ke tahun hadapan.”

Bigo Live sebelum ini mencapai perkembangan pengguna sebanyak 20% di Malaysia. Selain pernah memenangi beberapa anugerah antaranya ialah APAC Insider’s Most Innovative Livestreaming Tech Company 2021.