Adam tinggalkan Fnatic, kecewa dengan pasukan, pengurusan

By Taib Mohamed | November 25, 2021

Selepas bermain hanya untuk Summer Split, top-laner League of Legends Fnatic, Adam menyatakan dia tidak akan sertai semula pasukan itu untuk musim akan datang.

Adam “Adam” Maanane berkongsi melalui penulisannya di TwtLonger, menyatakan dia agak kecewa dengan layanan yang diterima ketika di dalam organisasi termasuk kekecewaannya kepada bekas ahli pasukannya, Upset.

Adam kongsi bahawa keputusan Upset yang meninggalkan pasukan 12 jam sebelum kejohanan World 2021 “untuk sertain teman wanitanya kerana tidak mahu bersendirian” sebagai tidak patut.

Lebih mengejutkan buat Adam apabila dia juga mendapat tahu bahawa pasukannya termasuk Upset membuat keputusan untuk menggantikannya dan Nisqy dengan cuba mendapatkan Perkz dan Alphari.

“Saya tinggalkannya kerana saya dilayan seperti sampah oleh pengurusan, termasuk pemain pasukan,” katanya.

“Tetapi saya pertimbangkannya di mana saya bermain sebagai peranan yang sangat penting ke atas kejayaan FNC musim panas ini. Bukan suatu yang sia-sia kami berjaya daripada kedudukan kelima ke tempat kedua. Tetapi manusia mudah lupa, dan jika anda adalah pemain rookie anda tiada hak untuk bersuara.”

Di akhir penulisannya, Adam menyatakan dia masih mempunyai pelbagai pengalaman manis bersama pasukannya cuma kecewa ia berakhir dalam keadaan yang tidak baik.

Kini, Adam dikatakan bakal dibeli oleh sebuah pasukan LEC iaitu Team BDS. 

Sumber: Dexerto. Dot Esports