5 muzik permainan video terbaik dekad ini (bahagian 1)

By Mike Hayate | December 2, 2021

Permainan video pastinya mempunyai muzik yang menangkap perhatian serta memukau sesiapa yang mendengarnya.

Muzik latar epik biasanya menunjukkan bagaimana permainan video itu ingin mencipta pengalaman permainan yang unik kepada pemain. 

Ini antara lima muzik permainan video yang terbaik dalam dekad ini.

[NOTA] Ini adalah pendapat peribadi penulis

1. Devil Trigger (Devil May Cry 5)

Lagu Devil May Cry sentiasa menjadi ikonik setiap kali keluar permainan video Devil May Cry.

Tetapi Devil May Cry 5 membikin muzik yang tidak dapat dilupakan malah tidak membuat anda bosan.

Lagu Devil Trigger terutama sekali sangat ikonik. Apa yang lebih menarik setiap kali anda berlawan tidak kira raksasa kecil atau besar lagu ini akan dimainkan berulang-ulang kali. Ia dibuat khas untuk Nero dalam DMC5.

2. Genshin Impact

Genshin Impact walaupun masih baru tetapi sudah membawa banyak musik-musik terbaik yang sangat hebat dan tidak disangka boleh dikeluarkan oleh miHoYo.

Musik-musik yang dikeluarkan oleh miHoYo untuk Genshin Impact sangat baik dengan komposer Yu-Peng Chen yang membuat orkestra bertahap antarabangsa.

Malah untuk konsert dalam talian dua bulan lepas sangat hebat dimainkan dan membawa Orkestra Filharmonik London, Orkestra Filharmonik Shanghai dan Orkestra Filharmonik Tokyo.

3. Persona 5

Persona 5 banyak membawa OST yang hebat terutamanya dengan lagu yang viral terutamanya lagu Life Will Change.

Walaupun sudah keluar lebih dari empat tahun lepas tetapi Persona 5 masih menjadi antara permainan video dengan banyak OST terbaik dan seronok untuk didengari.

4. Megalovania – Undertale

Ciptaan Toby Fox, Megalovania sudah menjadi antara lagu permainan video paling banyak didengari akibat banyak meme yang dikeluarkan disebabkan lagu ini.

Lagu ini sebenarnya sudah lama keluar sebelum adanya Undertale dan pernah menjadi salah satu lagu paling viral di TikTok.

5. Minecraft

Minecraft sudah menjadi antara permainan video lama yang masih popular sehingga sekarang dan pelbagai jenis versi Minecraft juga dikeluarkan.

Ia juga terkenal dengan banyak lagu-lagu yang menenangkan fikiran dari piano ketika bermain Minecraft dan dicipta oleh Daniel Rosenfeld.

Lagu yang perlahan dari Minecraft memberi peluang untuk pemain mengambil masa mereka sendiri untuk tidak terlalu terburu-buru.