M3: EVOS SG dan RSG SG akui perlu berusaha keras sebagai tuan rumah

By Hazril Md Nor | December 1, 2021

Faktor menjadi tuan rumah bagi kejohanan dunia Mobile Legends (M3) sedikit sebanyak memberikan tekanan kepada wakil Singapura, EVOS SG dan RSG SG.

Dalam satu temubual media diadakan jam 2 petang tadi, Ben sebagai pengurus RSG SG berkata, mereka masih perlu main ikut kekuatan masing-masing.

“Kami mempunyai kelebihan dari segi makro dan strategi jadi kami perlu main ikut kekuatan pasukan.

“Sebagai tuan rumah, kami perlu hadapi banyak pasukan yang mana peminat juga mengharapkan mereka sebagai wakil dan tuan rumah. 

“Jadi mahu atau tidak kami perlu tunjukkan yang terbaik,” katanya.

Sementara itu, Stefan “Soul” Chong dari EVOS SG pula berkata kini EVOS SG mempunyai JPL dan Potato yang sedang mengetuai pasukan.

“Kami ada pemain baru yang bagus dari segi mekanik permainan. Jadi kami lebih yakin berbanding berada di M2 sebelum ini.

“Walaupun latihan dan praktis tidak konsisten tapi kami akan cuba yang terbaik,” katanya.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MPL Malaysia (@mplmy.official)

M3 akan bermula pada 6 Disember hingga 19 Disember ini mengumpulkan hadiah wang tunai RM3.3 juta.

Ia mengumpulkan 16 pasukan terbaik Mobile Legends dari seluruh dunia.

Ini adalah kali kedua kejohanan dunia MLBB diadakan secara offline namun kali ini penonton dibenarkan masuk sehingga 178 kerusi diperuntukkan untuk tontonan langsung di Pusat Konvesyen dan Pameran Suntec, Singapura.

Anda boleh dapatkannya di SINI.