Dari MPL MYSG, kini Moon sudah tiga kali masuk kejohanan dunia MLBB

By Hazrul Md Nor | December 4, 2021

Todak adalah salah satu pasukan yang popular di dalam arena kompetitif Mobile Legends Malaysia. Juara MPL MY musim keenam ini layak ke Kejohanan Dunia Edisi M selama tiga kali berturut-turut.

Antara salah seorang pemain yang membawa Todak ke arah kejayaan itu adalah Zikry Shamsuddin atau lebih dikenali sebagai Moon.

https://www.instagram.com/p/CW-s9v0DHUA/

Moon terkenal dengan kemahiran mekanikal beliau bermain di posisi middle lane atau mage. Corak permainan yang agresif serta rotasi yang berkesan bersama pasukan Todak membuatkan pemain ini menjadi salah satu mid laner terbaik di dalam Malaysia.

Antara pencapaian terbesar beliau adalah juara MPL MY/SG musim keenam, pasukan Todak menjadi undisputed king semasa liga itu berlangsung. 

Kemahiran mekanikal Moon membuatkan para peminat mengatakan beliau adalah “The Next Fredo” di dalam arena kompetitif Mobile Legends. 

Kehadiran Todak di dalam Kejohanan Dunia M3 pasti akan memberikan harapan kepada Malaysia untuk menjulang piala edisi M buat pertama kalinya. Mari kita berikan sokongan kepada pasukan Todak dan SMG yang berjaya mewakili Malaysia kali ini.

Sumber: MPL MY Official