Team Liquid ungguli perlawanan menentang KRU Esports

By Taib Mohamed | December 3, 2021

Perlawanan ketiga di hari kedua VCT VALORANT Champions 2021, menyaksikan Team Liquid menumpaskan KRU Esports, wakil Amerika Selatan itu dengan keputusan 2-0.

Haven melihat kesukaran buat KRU untuk menghadapi pertahanan daripada Team Liquid sebelum perlawanan separuh masa pertama tamat dengan 4-8. Kemudian, Team Liquid terus menumpaskan pertahanan KRU dengan 5-1.

Perlawanan kedua pula di peta pilihan Team Liquid, Acsent, permulaan yang masih sukar buat KRU. Tetapi, di separuh masa kedua mereka menunjukkan kemampuan mereka sebagai Attacker sebelum terpaksa akur dengan kekebalan Team Liquid dengan keputusan 8-13.

Team Liquid selepas ini akan bertemu Sentinel yang berjaya tumpaskan FURIA selepas perlawanan yang cukup sengit dengan keputusan 2-1. Manakala, KRU akan ke pusingan penyingkiran menentang FURIA. 

Saksikan kejohanan dunia VCT VALORANT Champions 2021 di saluran rasmi VALORANT di Trovo, YouTube dan Twitch. Untuk jadual perlawanan, sila layari SINI. 

Sumber: Dot Esports. VALORANT Esports