Ibu Leixia meninggal dunia

By Hazril Md Nor | December 6, 2021

Bekas pemain RSG Malaysia, Ahmad Ali Huzaifi Abdullah Hazawi atau Leixia baru saja kehilangan ibunya, semalam disebabkan penyakit kanser rahim tahap empat.

Berita duka itu disahkan dalam satu hantaran Instagram rasmi @rsg.malaysia semalam.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by RSG Malaysia (@rsg.malaysia)

Mari kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah dan berdoa semoga arwah ibunya ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Buat Leixia, semoga tabah dan sentiasa kuat menghadapi dugaan. Kami dari MyGameOn ingin pembaca sama-sama terus memberikan semangat dan sokongan kepada Leixia.

Terdahulu, ketika MPL MY berlangsung, Leixia pernah beberapa kali pulang ke kampung untuk melihat keadaan ibunya dan membawanya untuk pemeriksaan kesihatan.

Melihat kasih yang ditunjukkan Leixia kepada ibunya, kita boleh contohi keperibadiannya yang mengutamakan keluarga dalam segala hal.