Tips-tips untuk menjadi lebih baik dalam MOBA macam Dota 2, LoL, MLBB dan lain-lain

By Mike Hayate | December 13, 2021

Anda hebat tetapi sentiasa kalah. Hampir semua pemain Multiplayer Online Battle Arena (MOBA) akan merasai perasaan ini. Kita akan beranggapan ini bukan salah kita tetapi salah rakan pasukan.

Anda tidak dapat mencapai rank tinggi seperti Legend ke atas dalam MLBB, MMR Ancient ke atas dalam Dota 2 dan Platinum ke atas dalam League of Legends.

Namun apa yang berlaku? Ramai orang akan menyalahkan pasukan mereka sendiri dan mengatakan anda terkena ELO Hell.

Sampai satu tahap gaya permainan dan mekanik bukan lagi jawapan yang membezakan rank anda tetapi cara membuat keputusan dalam masa singkat.

Tips-tips untuk menjadi lebih baik dalam MOBA macam Dota2, LoL, MLBB dan lain-lain:

1. Jangan hanya bermain Carry

🔥 25+ Best Memes About Moba | Moba Memes

Ramai orang akan masuk ke dalam satu perlawanan MOBA dan akan berfikir ‘Saya adalah Carry’. Peranan ini bermaksud memilih karakter yang tugasnya adalah untuk mendapatkan ‘farm’ yang baik dan membunuh pihak lawan.

Jika anda bermain peranan yang berbeza, anda akan dapat mengjangkakan permainan yang akan dibuat oleh orang lain.

Mengetahui langkah pihak lawan dan apa yang akan mereka buat adalah jalannya.

2. Mengambil tahu konsep MOBA

Overdue Moba meme for all the DotA or LoL players trying to climb the  ranking ladder. - 9GAG

Anda perlu belajar mengenai konsep MOBA. Dari pilihan jenis peranan kepada cara-cara membaca peta.

Apa itu laning, items , last hit, mid, carry dan support?

Mengetahui konsep di dalam permainan MOBA boleh memberi anda sedikit maklumat tambahan.

Cari hero, champion atau karakter yang ada impak dalam permainan MOBA anda.

3. Ambil Masa

When Someone Asks Me What Is Your Favorite Moba Game a De League of Dota 2  Heroes of the Smite Legends Storm Its Complicated! ME… | Funny memes, When  someone, Memes

Tiada pemain akan terus menjadi hebat dalam masa yang singkat.

Malah, pemain profesional menggunakan masa sebaik mungkin untuk berlatih dan memastikan mereka sentiasa berada dalam prestasi terbaik.

MOBA bukan satu permainan video yang mudah untuk dipelajari.

Banyak perkara yang perlu diambil tahu pada satu masa yang sama dan sudah pasti akan membuat anda terasa terlalu banyak benda untuk diketahui dan dipelajari.

Jadi ambil masa anda pilih yang anda suka.

4. Bukan hanya pasukan anda, tetapi diri anda sendiri.

Elo hell - Imgflip

Hal ini selalu terjadi kepada orang yang merasakan dirinya tersekat di dalam ELO Hell.

Dia akan berasa dirinya sebenarnya lebih bagus dari orang lain dan sepatutnya berada di rank yang lebih tinggi.

Jika ada bermain banyak perlawanan dan rank anda hanya tersekat disitu sahaja, berkemungkinan besar itulah rank sebenar anda.

Dari melihat kesalahan orang lain anda perlu juga melihat kesalahan diri sendiri.

Jika rakan pasukan anda tidak dalam prestasi yang baik, apa yang perlu anda buat?

5. Kepekaan mini map

Simak Penjelasan Map dan Lane Terbaru Mobile Legend: Jungle, Roaming, Gold,  Exp, dan Mid Lane - Kabar Lumajang

Sentiasa peka dengan mini map.

Peta atau mini map adalah satu cara mendapatkan informasi kedudukan yang penting dalam MOBA.

Jadikan melihat peta mini satu rutin.

Tips yang paling baik adalah melihat peta mini setiap 5 ke 10 saat.

6. Sasaran Realistik

Not always slick, these 7 Mobile Legends Push Rank Memes will make you  laugh! - MOBA Games

Anda tidak boleh memaksa diri anda untuk menjadi pemain terbaik.

Menjadi konsisten untuk lebih profesional adalah lebih baik.

Dengan mempunyai sasaran yang realistik, anda boleh bermain untuk fokus mendapatkan pengalaman dan motivasi menjadi lebih baik.

Rank anda pasti akan naik dengan sasaran yang lebih realistik.

7. Main untuk berseronok

not sure if i hate mobas or moba players - Futurama Fry | Meme Generator

Jika anda mahu hebat dalam semua perkara, satu hal yang penting anda perlu berseronok dan menikmati perlawanan.

Ketahuilah proses bermain MOBA untuk menjadi pemain yang baik sangat memakan masa.

Yang paling penting sebenarnya pengalaman.

Pilihlah MOBA yang menarik minat anda.

8. Cari Mentor

Every time I play a MOBA - 9GAG

Mungkin sudah ramai tahu mengenai tips ini tetapi masih mencari dan memohon bantuan.

Selalunya pemain yang lebih baik dari anda akan sedar apa kesilapan anda.

Jadi selalulah belajar dari yang lebih profesional dengan menonton video Youtube atau bertanyakan tips di forum.

9. Cari Guides dalam talian

HOW ABOUT THIS ONE MOBA FIRE GUIDE ICALLITBOLD AND BRASH MORE LIKE  RELONGSIN THE TRASH ~SupryzeNoob | Meme on ME.ME

Terdapat banyak video di atas talian yang boleh membantu anda untuk memahami sesuatu karakter dari MOBA.

Sudah pasti banyak juga penulisan yang dibuat samada di Reddit mahupun forum-forum lain.

Membaca juga banyak membantu anda.

Kesimpulan

MOBA menjadi satu genre permainan video yang banyak mengubah landskap permainan video di serata dunia.

Dari e-sukan ke pertandingan kecil, MOBA banyak memberi memori dan merapatkan ramai gamer di serata dunia.

Bagi mengakhiri tips ini satu ayat dari Bruce Lee yang boleh diguna pakai untuk pemain MOBA.

I fear not the man who has practiced 10, 000 kicks once, but I... | Picture  Quotes

“Saya tidak takut dengan orang yang berlatih membuat 10,000 jenis sepakan, tetapi saya lebih takut dengan orang yang berlatih satu sepakan 10,000 kali”