Watak VALORANT seterusnya mungkin dari Filipina dan mempunyai kuasa petir

By syazwanbahri | December 8, 2021

VALORANT adalah permainan yang mempunyai pelbagai watak dari beberapa penjuru dunia dan daripada latar belakang yang berbeza. Sebagai contoh, Jett adalah seorang Agent VALORANT dari Korea Selatan dan beliau adalah seorang tukang masak berdasarkan dialognya dalam permainan. Agent yang terkini adalah Chamber yang berasal dari Perancis dan beliau adalah seorang penembak tepat dalam permainan itu.

Pada kemas kini yang terbaharu, Chamber menerima beberapa dialog dalam permainan yang tidak pernah didengari sebelum ini. Dialog ini memberi implikasi bahawa akan ada watak baharu yang akan menyertai barisan watak VALORANT.

Sebuah kicauan dari seorang pengguna Twitter yang bernama Shiick menunjukkan beberapa dialog baharu daripada Chamber dalam kemas kini yang baru ini.

Seperti yang ditunjukkan dalam dalam video di atas, Chamber berkata kepada beberapa watak lain seperti Jett, Killjoy, Sage, Reyna, Brimstone dan Viper.

Sewaktu berborak dengan Jett, Chamber memberi implikasi bahawa watak ini adalah seorang watak yang pantas. Apabila bersama Killjoy pula, beliau bertanyakan tentang projek Killjoy yang memerlukan sumber kuasa yang baharu. Ini mungkin merujuk kepada Player Card di tahap 50 di Battle Pass musim ini.

Chamber juga berkata bahawa watak baharu ini sedikit ‘menyengat’, yang memberi petunjuk bahawa watak ini mungkin akan menggunakan kuasa petir sebagai temanya. Akhir sekali, Chamber berkata kepada Viper bahawa pakaian Viper agak merimaskan dan ketat, dan ia mungkin lebih baik untuk salin pakaian untuk ‘cuaca panas di Manila’.

Petunjuk terakhir ini menunjukkan bahawa Agent baru VALORANT mungkin seorang dari Filipina dan mempunyai kebolehan untuk mengawal kuasa elektrik.

Setakat ini, Riot Games belum mengumumkan apa-apa dan ini sekadar spekulasi daripada maklumat yang sudah tersedia ada dari komuniti yang hebat ini.

Sumber rujukan: Twitter