Ini perbezaan antara PUBG Mobile dan PUBG New State

By Taib Mohamed | December 10, 2021

PUBG Mobile dilancarkan pada 2018 dan sudah mendapat sambutan daripada pemain di platform Android dan iOS daripada seluruh dunia. 

PUBG New State, adalah sekuel bagi permainan battle royale itu, baru dilancarkan pada tahun ini, dengan beberapa ciri yang berbeza dengan PUBG Mobile. 

Peta vanila vs peta futuristik

PUBG Mobile kini didatangkan dengan lima peta utama iaitu Erangel, Miramar, Vikendi, Sanhok dan Karakin, dengan beberapa ciri berbeza seperti saiz, musim dan topografi peta.

Manakala PUBG New State setakat ini hanya terdapat dua peta iaitu Erangel 2051 iaitu peta Erangel dengan ciri-ciri futuristik dan Troi sebuah peta pinggir bandar.

Gaya permainan yang lebih serba boleh

Dengan ciri permainan yang futuristik, New State juga menawarkan gaya permainan yang lebih unik dengan beberapa kelengkapan tambahan seperti dron, kenderaan elektrik, kenderaan baru dan senjata yang boleh disesuaikan mengikut keinginan pemain. 

Tetapi selebihnya, gaya permainan PUBG Mobile dan PUBG New State masih lagi sama, seperti gaya membawa senjata, memandu kereta dan bagaimana gaya perlawanan di medan perang. 

Kualiti grafik yang lebih dioptimasi

PUBG New State juga menawarkan kualiti grafik yang lebih baik, terutamanya mereka yang menggunakan peranti mudah alih yang berspesifikasi tinggi. Selain, pembangun juga mengoptimasikan PUBG New State dengan lebih baik  berbanding PUBG Mobile.

Konklusi

Kedua-dua permainan ini masih lagi mempunyai pelbagai persamaan daripada beberapa aspek. Namun, dengan tema yang berbeza dan sedikit penambahan pada beberapa ciri ianya memberi sedikit kelainan buat pemain. 

Rujukan: IndiaToday. Android Central.