Battlefield 2042 memperkenalkan mod 64 pemain untuk konsol generasi hadapan

By syazwanbahri | December 16, 2021

Battlefield 2042 dilancarkan dengan mod permainan 128 pemain pada konsol generasi hadapan seperti PlayStation 5, Xbox Series X dan S, serta di PC, manakala versi PlayStation 4 dan Xbox One masih dihadkan kepada 64 pemain.

Tetapi, DICE mengumumkan bahawa mereka melancarkan mod jangka masa terhad yang menghadkan jumlah pemain kepada hanya 64 orang pemain.

Mod Conquest dan Breakthrough terhad ini akan dijangkakan tersedia sepanjang tempoh Krismas kini boleh diakses melalui menu All-Out Warfare.

DICE berkata hari ini bahawa senarai permainan Rush yang ditampilkan akan tersedia sepanjang tempoh cuti juga.

Pilihan untuk menyertai mod ini tersedia pada skrin utama Battlefield Portal.

Kemas kini Battlefield 2042 terakhir pada 2021 dilancarkan pada 9 Disember.

Ia meningkatkan konsistensi pendaftaran peluru dan termasuk perubahan imbangan untuk penyebaran peluru dan lain-lain lagi.

Sumber rujukan: Twitter