Pengguna TikTok ini ‘reload’ barangan harian seperti senjata, meraih jutaan tontonan

By syazwanbahri | December 16, 2021

Sekali-sekala, kita akan terjumpa video TikTok yang menarik untuk ditonton secara berulang kali di sebalik pelbagai video yang lucu dan menghiburkan.

Kali ini, kita dapat melihat antara video TikTok yang terbaik yang pernah kami tonton: Seorang pengguna mengisi semula atau reload barangan harian seperti di permainan penembak taktikal. Kommander Karl adalah pencipta video yang meraih jutaan tontonan di pelantar TikTok.

@kommanderkarl

Thank you all for 400k! Here’s to many more reloads 😌 ##reloadingthings ##kommanderkarl ##fyp ##gaming

♬ Super Mario Sunshine – Delfino Plaza – Super Guitar Bros

Tipu lah jika kita berkata tidak pernah melakukan sedemikian, kerana apa yang menjadikan video ini menarik adalah kreativiti beliau dan usahanya dalam menjadikan impian kanak-kanak untuk tactical reload barang harian menjadi realiti.

Videonya siap mempunyai ikon dan HUD dari Half Life, salah satu permainan yang diminati beliau berdasarkan tatoo dilengannya, untuk menunjukkan jumlah ‘peluru’ yang diisikan ke ‘senjata’nya.

Jika anda berminat untuk menonton lebih lagi tactical reload daripada Kommander Karl, anda boleh menonton di saluran rasmi YouTube beliau, atau ikuti Kommander Karl di TikTok.

Sumber rujukan: TikTok