Penerbit permainan ini mahu beli Asmodee dengan harga RM12.6 billion

By Taib Mohamed | December 17, 2021

The Embracer Group kini dalam usaha untuk membeli syarikat papan permainan, Asmodee dengan harga AS$3 billion (RM12.6 bilion).

Asmodee adalah penghasil papan permainan berpangkalan di Perancis, yang pernah menghasilkan beberapa papan permainan seperti Ticket to Ride, Catan, Pandemic, 7 Wonders dan Exploding Kittens. 

Selain itu mereka juga pernah menghasilkan papan permainan untuk Star Wars, Arkham, Lord of The Ring, Pokemon, Harry Potter dan Disney.

Dilaporkan, walaupun Embracer memiliki Asmodee, syarikat itu akan tetap beroperasi seperti biasa tanpa sebarang perubahan di dalam organisasi. 

Asmodee cukup terkesan sepanjang pandemik ini di mana mereka terpaksa memberhentikan sebilangan pekerja daripada studio milik mereka, Fantasy Flight, sebelum menutup studio permainan video milik Fantasy Flight.

Mungkin dengan pemilikan ini akan membantu syarikat itu untuk pulih semula.

Sumber: Kotaku