Yana Samsudin, Caster Malaya dan Mre Esport bantu mangsa banjir PPRT Dengkil

By Mike Hayate | December 27, 2021

Baru-baru ini banyak organisasi dan penggiat e-sukan di Malaysia yang sedikit sebanyak menyumbang kepada mangsa-mangsa banjir.

Streamer, Yana Samsudin bersama YSX Esport, komuniti e-sukan, Caster Malaya dan organisasi e-sukan, Mre Esport menyumbang kepada PPRT Dengkil yang sudah dilanda banjir besar baru-baru ini.

  

Mereka berjaya menyumbangkan tenaga dan bantuan untuk membersihkan kawasan rumah PPRT Dengkil pada 25 Disember lepas. Misi bantuan ini diketuai oleh Faeez (Rimau) dan Yana Samsudin yang disertai oleh 27 orang sukarelawan.

Mereka juga membawa tiga buah kereta 4×4 dan 27 orang datang untuk membantu di kawasan itu.

“Kami juga berjaya mendapatkan RM10 ribu keseluruhan, bantuan makanan dan tidak lupa yang memerlukan seperti susu bayi, lampin bayi, tuala wanita, air minumam, penyapu dan wiper air,” kata mereka.