Jepun buka sekolah e-sukan pertama

By Mike Hayate | December 27, 2021

Boleh dikatakan ini adalah sekolah pertama di dalam dunia yang dibuat khas untuk e-sukan.

Terletak di Shibuya, Tokyo, sekolah ini diberi nama Esports Koutou Gakuin.

Sekolah ini mendapatkan dana daripada syarikat telekom Jepun Nippon Telegraph dan Telephone Corporation (NTT) yang juga kelab bola sepak jepun Tokyo Verdy.

Staf-staf yang akan bekerja di sekolah itu adalah pekerja profesional industri dalam NTT dan Tokyo Verdy.

Tidak dilupakan juga beberapa pemain profesional e-sukan.

Menurut Kotaku, setiap murid-murid yang memasuki sekolah itu akan mendapat akses untuk menggunakan gaming setup bertaraf elit yang didatangkan dengan PC 40 Galleria XA7C-337 bersama Intel Core i7-11700 dan NVIDIA GeForce RTX 3070.

Para pelajar juga perlu mempelajari kurikulum Jepun seperti biasa disamping latihan untuk e-sukan mereka seperti permainan video penembakan tunggal (FPS), third-person shooters, permainan video strategi dan sudah pasti Multiplayer Online Battle Arena (MOBA).

Esports Koutou Gakuin akan mengambil pelajar bemula Januari 2022 depan.

Rujukan: Kotaku