ImmortalFaith kesal dengan pemain yang mengubah fail Dota 2 di EU DPC
Baru-baru ini di Twitter, Daniel “ImmortalFaith” Moza yang juga jurulatih Team Tickles menunjukkan satu video offlaner Tundra Esports Neta “33” Shapira yang menggunakan Spiderlings dari Broodmother satu persatu dengan terlalu baik.
I heard people need to remove some config file from their dota2 in order to do this. We’ve encountered this multiple times lately. @DOTA2 @DreamHackDota Is this ok to do in DPC? I personally don’t see any difference from doing this to using a script. pic.twitter.com/Rdwa6KcU5K
— ImmortalFaith (@ImmortalFaithd) January 3, 2022
Pergerakan satu persatu ini sepatutnya hanya mampu dibuat jika anda sudah menukarkan fail di dalam Dota 2.
ImmortalFaith menanyakan DreamHack selaku penganjur European Dota Pro Circuit 2021-22 (EU DPC) dan Valve jika perkara ini boleh dibuat atau tidak.
Sebagai peraturan, Spiderlings di Dota 2 dikira sebagai satu kumpulan dan menekan butang Tab akan memilih kesemua Spiderlings yang ada.
Untuk mengasingkan Spiderlings anda perlu menekan satu per satu dan klik ke tempat yang anda mahu tuju.
Namun dalam video itu, 33 hanya menekan minimap dengan pantas dan beberapa Spiderlings dengan mudah berpecah mengikut arahan.
ImmortalFaith menganggap perkara ini sama sahaja seperti menggunakan script bot untuk godam.