MLBB: Kurangkan kesilapan ini untuk menjadi pemain yang lebih baik

By Hazrul Md Nor | January 17, 2022

Untuk menguasai permainan peranti mudah alih Mobile Legends, seseorang pemain itu harus mengurangkan kesilapan di dalam permainan untuk meningkatkan kualiti sebagai pemain.

Jika anda mengurangkan kesilapan di dalam permainan, pasti anda akan menjadi pemain yang lebih baik dari sebelum ini.

PENGAWASAN PETA

Ramai di antara pemain yang kurang mahir dan tidak ingin mengambil tahu apa yang berlaku di dalam peta. Pengawasan peta ini penting untuk melihat di manakah pihak musuh atau pasukan anda yang akan datang membantu anda melakukan serangan. Kemahiran pengawasan peta yang tinggi akan dapat membantu anda merancang apa yang harus dilakukan di dalam permainan seperti mengambil objektif dan melakukan rotasi. Perhatikan peta sekiranya anda melakukan pushing berseorangan, ada kemungkinan besar musuh akan datang untuk menumbangkan anda.

PENGGUNAAN SKILL

Ada pemain yang hanya mengeluarkan skill secara rambang dan tidak menunggu timing yang tepat. Seperti kita lihat pemain yang menggunakan Lancelot, Lancelot adalah hero yang memerlukan kemahiran skill shot yang tinggi. Jika anda hanya menekan butang skill hero itu tanpa menyasarkan tepat ke arah musuh, skill anda akan miss dan pihak musuh akan berjaya melarikan diri. Jadi penggunaan skill ini sangat penting dan tidak harus dilakukan secara auto.

PEMAHAMAN ROLE

Elemen ini sangat penting untuk membentuk satu pasukan yang kuat. Jika anda melihat salah satu ahli pasukan anda menggunakan hyper, anda tidak perlu menggunakan hyper lagi sebaliknya perlu mengisi role yang sesuai di dalam pasukan. Jika terdapat 2 hyper di dalam pasukan, ia akan menyebabkan kesulitan untuk melakukan farming dan pasukan anda akan mula tewas di dalam lane mereka oleh kerana kurang rotasi dari pasukan.

TOXIC PLAYER

Untuk menjadi pemain yang baik serta berdisiplin, anda harus mengurangkan dan membuang secara langsung sifat toxic di dalam diri anda. Ini kerana, jika anda mula toxic dengan pasukan, ia akan menyebabkan moral pasukan anda semakin menurun dan mencacatkan permainan mereka. Sebaliknya, anda harus memberikan sokongan kepada mereka. Jika mereka melakukan kesilapan, tunjukkan cara yang betul dan ajar mereka untuk menjadi pemain yang lebih baik.

Adakah anda melakukan kesilapan seperti di atas? Cuba tips ini untuk mengurangkan kesilapan anda di dalam permainan dan seterusnya mendominasi di dalam Land of Dawn.