Lagi penipuan PS5, kerugian RM63,000 lesap dek PS5 murah
Seorang penjual dalam talian sudah kerujian Rm63,000 akibat terkena penipuan di media sosial yang menjual PlayStation 5 rendah dari harga pasaran.
Menerusi laporan The Star, Chew Jia Yi sudah membayar 25 unit PS5 kepada penjual yang berasal dari Pulau Pinang tahun lepas namun barang yang dinantikan tidak sampai sehingga sekarang.
“Saya pernah membeli daripada penjual yang sama sebanyak lima unit dan barang sampai dengan selamat.”
Chew sudah membuat beberapa pemindahan wang sejak 27 September hingga 29 September ditambah dengan dua lagi transaksi pada 10 Oktober dan 11 Oktober yang berjumlah RM63,000.
Dia yang juga bersama Chong Pak Leong menjadi rakan kongsi turut pergi ke alamat di Pulau Pinang namun tidak menjumpai penjual itu.
Kegiatan penjual itu mula mencurigakan apabila Chew diberi beberapa alasan untuk tidak menerima PS5 itu dan terus menutup akaun sosial medianya.
Mereka kemudian membuat laporan polis di balai polis cawangan Kepala Batas untuk mencari penipu itu.
Puan Yuan Toung yang juga salah seorang mangsa penipuan juga membuat laporan polis bersama.
Menurut Pesuruhjaya Polis Mohd Asmadi Yusoff, penipu itu menggunakan bank akaun ibunya untuk transaksi dalam talian.
Mohon sesiapa yang mahu membeli PS5 dinasihatkan untuk membayar secara berhadapan bagi mengelakkan perkara sebegini berlaku.
Rujukan: The Star