Ejen Ali sedia ambil tindakan undang-undang terhadap karya berbaur lucah
Ejen Ali siri animasi dari WAU Animation kini mengeluarkan kenyataan akhbar mengenai salah guna animasi Ejen Ali yang digunakan sebagai kandungan eksplisit di media sosial.
Hal ini tular di Twitter dan beberapa karakter Ejen Ali dan trademark Ejen Ali digunakan untuk tujuan tidak baik.
Kenyataan Akhbar: Salah Guna Ejen Ali di Media Sosial#EjenAli #ARTvidence pic.twitter.com/vhh17rZ5mT
— Ejen Ali (@ejen_ali) January 10, 2022
WAU Animation Sdn Bhd dan Primeworks Studios Sdn Bhd menyatakan bahawa karya seni eksplisit itu bukan dari mereka.
“Walaupun kami percaya pada kebebasan berkarya, tetapi kami tidak menyokong penciptaan, penerbitan dan pengedarankarya seni eksplisit itu,”
WAU Animation Sdn Bhd dan Primeworks Studios Sdn Bhd juga sudah membuat tindakan sewajarnya dan melaporkan kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut.
Mereka juga kini bersama penasihat undang-undang untuk sebarang tindakan undang-undang yang bakal diambil terhadap pemilik akaun media sosial dan atau artis yang mencipta kandungan itu.
Pihak Ejen Ali juga berterima kasih kepada orang ramai dan peminat Ejen Ali untuk membantu dalam usaha mengekalkan komuniti yang beretika.
Sekali lagi, kita sebagai peminat apa-apa jenis francais pun haruslah menjaga dan mencipta ruang yang selamat untuk semua orang terutamanya sebagai peminat Ejen Ali dalam kes ini.