Ini beberapa Agent VALORANT yang tidak lagi meta, tukar Agent anda sekarang
Permainan penembak taktikal VALORANT sentiasa menerima penambahbaikan serta kandungan baru. Baru-baru ini, kita menerima watak atau Agent baru iaitu Neon, seorang watak berperanan Duelist yang pantas. Dengan penambahan Neon serta beberapa perubahan kita dapat lihat bahawa permainan serba sedikit berubah metanya.
Ini beberapa watak yang sudah tidak meta dalam VALORANT.
Omen
Omen salah satu watak paling penting untuk dimainkan oleh sebuah pasukan. Ini kerana keupayaan ‘smoke‘ nya yang hampir tiada had jarak serta keupayaan blind yang baik. Keupayaan Ultimatenya juga baik untuk bermain di sekitar peta.
Namun, nilai keupayaan beliau diganti oleh Astra di mana Astra lebih fleksibel dengan asapnya serta beberapa pantas waktu diperlukan antara penggunaan asap. Omen memerlukan lebih kurang 40 saat, manakala Astra tidak mengambil masa lama, bawah 10 saat.
Daripada kadar pilihan tertinggi pada acara kompetitif hingga kini antara yang terendah, Omen kini mungkin sudah tiada tetapi beliau tidak dilupakan.
Agent yang lebih baik: Astra. Keupayaan beliau serta cooldown yang pantas menjadikan beliau Controller yang lebih bernilai dalam mana-mana perlawanan. Ultimatenya, Cosmic Divide, berguna untuk pusingan yang memerlukan laluan selamat dari setempat ke setempat.
Brimstone
Seorang lagi Agent berperanan Controller, beliau juga mengutamakan permainan asap disekitar peta. Kelebihan Stim Beacon beliau juga tidak memberi impak yang besar kepada permainan. Tetapi, kelebihan beliau bergantung kepada kelebihan Ultimatenya, Orbital Strike.
Namun, Astra dan Viper lebih bernilai dari segi utiliti mereka. Jadi, penggunaan Brimstone dalam ruang kompetitif berkurang hari demi hari.
Agent yang lebih baik: Sekali lagi, Astra. Brimstone dan Astra mempunyai tempoh halangan asap paling lama dalam permainan. Tetapi asap Brimstone terhad kepada tiga sahaja, manakala asap Astra bergantung kepada cooldown serta bintang yang masih tinggal.
Yoru
Antara watak Duelist yang paling sukar digunakan tapi beliau juga watak yang paling kurang digunakan dalam permainan ini.
Set keupayaannya amat terhad dalam apa-apa situasi, malah ia juga mudah untuk ditentang. Keupayaan Blindside juga tidak boleh diharapkan kerana lantunan yang agak sukar untuk diagak lalu membutakan seluruh pasukan sendiri.
Tetapi gabungan keupayaan E serta Ultimatenya adalah gabungan yang kuat jika dapat dipakai, tetapi ia tidak mampu memberi nilai yang sama berbanding watak lain dalam permainan.
Di sini kita dapat lihat bahawa Yoru amat sesuai sebagai Agent solo kerana keupayaannya yang kurang berkesan untuk bermain sebagai sebuah pasukan.
Agent yang lebih baik: Untuk Agent pantas, penulis menyarankan Jett atau Neon. Ini kerana set kebolehan Neon dapat membantu ahli pasukan menembusi tapak Spike dgn mudah berbanding Yoru. Jett juga berguna dalam aspek membawa nilai kepada pasukan dengan asap Cloudburst serta lebih fleksibel dari segi pergerakan.
Ini beberapa saranan untuk anda memperbaiki pilihan watak anda di VALORANT. Apakah lagi Agent yang sudah lama anda tidak nampak dalam sebuah perlawanan VALORANT.