Ares dikenakan nerf selepas menjadi meta baru VALORANT dalam beberapa minggu

By syazwanbahri | January 21, 2022

Kemas kini VALORANT 4.0 memperkenalkan beberapa perubahan yang mengoncang meta yang sedia ada. Antaranya adalah pengenalan watak Neon yang pantas ke dalam barisan watak VALORANT. Selain itu, senjata Ares juga menjadi terlebih kuat sehingga komuniti mengatakan ia adalah senjata meta terkini.

Riot Games meneliti keadaan dan terpaksa bercampur tangan dan terpaksa mengimbangi semula Ares serta berberapa aspek permainan lagi.

Ares

Harga senjata serta kadar taburan peluru senjata diubah agar senjata ini tidak sekuat beberapa minggu lalu. Ini menjamin agar Vandal dan Phantom masih senjata utama setelah memasuki pusingan lewat.

  • Harga dinaikkan dari 1550 ke 1600
  • Taburan peluru menegak ditingkatkan
  • Nilai taburan umum peluru diubah daripada 0.8 ke 0.7 selepas 10 das tembakan, dan 1.0 ke 0.7 selepas 13 das tembakan. Nilai makin tinggi makin stabil senjata
  • Pengurangan taburan apabila tunduk dikurangkan daripada 40% kepada 25%

Pisau

Senjata ini diimbangi lagi dengan menjadikannya lebih konsisten. Riot Games sudah memperbaiki senjata ini beberapa minggu lalu, tetapi ia ditambah lagi ketepatannya.

  • Hitbox klik kanan pisau dibesarkan sebanyak 1.5x. Hitbox kiri juga dibesarkan lebih dari klik kanan dan jaraknya ditambah.
  • Sasaran yang hampir pada tanda silang atau crosshair akan terkena dahulu, jadi anda masih mempunyai ketepatan.

Komunikasi

Permainan kompetitif seperti ini pasti ada pemain toksik, lebih-lebih lagi di rantau SEA, jadi Riot Games memperkenalkan ciri untuk menyekat perkataan atau mute words yang anda pilih.

Contohnya, jika anda menyekat perkataan ‘noob’ maka anda tidak akan nampak mesej itu dalam ruangan chat.

Riot Games senantiasa peka tentang perubahan dalam permainannya. Usaha ini dilakukan agar permainannya sentiasa berasa segar serta selamat untuk semua pemain. Walaupun permainan ini hanya berusia hampir 2 tahun, Riot Games membuktikan bahawa mereka tidak memandang remeh tentang permainan ini.

Sumber rujukan: Riot Games