Pemain VALORANT meminta mod latihan ‘retake’ dari CSGO
VALORANT dan Counter Strike Global Offensive (CSGO) adalah permainan yang berkongsi beberapa elemen penting. Antaranya adalah konsep pasukan menyerang dan pasukan bertahan. Pasukan menyerang akan cuba mengaktifkan Spike dan pasukan bertahan akan cuba untuk menghalang daripada itu berlaku.
Di CSGO, terdapat sebuah mod yang dinamakan sebagai ‘retakes‘ yang hanya memfokuskan kepada bahagian serangan semula pasukan bertahan untuk menyelamatkan tapak itu.
Video di bawah sebagai contoh.
Idea ini ditekankan oleh pengguna Reddit bernama gl1ch yang menerangkan situasi keperluan mod ini.
Menurut beliau, mod seperti Spike Rush tidak menekankan elemen ‘retake’ manakala mod seperti Escalation pula tidak menawarkan elemen strategik dalam permainan itu.
Malah, peminat VALORANT dari dahulu lagi meminta untuk membuat pelayan tersuai untuk mod-mod seperti ini dan lain lagi, contohnya mod ‘ Headshot Only’.
Harapnya, Riot Games dapat mengimplementasikan idea ini serta idea pelayan tersuai untuk meningkatkan nilai permainan penembak taktikal itu pada masa hadapan.
Sumber rujukan: Reddit