Game Terbaik Oktober, In Case Korang Terlepas!

By Hazril Md Nor | October 27, 2017

Bulan Oktober lalu membawakan banyak permainan video yang selama ini ditunggu-tunggu oleh peminat! Nama besar seperti Bethesda dan Ubisoft tidak ketinggalan memperkenalkan projek terbaru mereka.

In case korang terlepas untuk mendapatkan game ini, boleh dikatakan korang akan rugi kerana judul dikeluarkan kali ini lain macam sikit! Jom perhatikan game hangat pada bulan lalu.

THE EVIL WITHIN 2 (13 OKTOBER)

EVIL Within 2 antara permainan survival horror paling dinantikan tahun ini. FOTO: MasGamers

Pada awal tahun ini, sekali lagi dunia permainan video dikejutkan dengan kehadiran Resident Evil 7, game yang mengubah persepsi kepada masa depan francais ini dan bagaimana genre survival horror masih mendapat tempat dalam hati peminat.

Sejak awal penubuhan francais ini, kita sedia maklum pereka asal Resident Evil, Shinji Mikami sudah lama meninggalkan Capcom untuk memhulakan projek baru iaitu The Evil Within.

Ia bukan saja seram tapi mengingatkan penulis kepada permainan video Resident Evil 4. Seram dan sedikit aksi. Terdapat juga mekanisme baru seperti pemasangan trap, keupayaan untuk menyorok dan ammunition upgrade yang digunakan untuk melawan makhluk pelik dalam dunia khayalan Sebastian Castellanos.

Dalam keluaran kedua ini, protagonis ini kembali untuk mengambil peluang menyelamatkan anaknya. Kali ini, ia lebih dark dan mengembalikan beberapa flashback.

MIDDLE EARTH: SHADOW OF WAR (10 OKTOBER)

KELUARAN terbaru yang lebih baik berbanding dulu. FOTO: wccftech.com

Ketika pertama kali dikeluarkan tiga tahun lalu, tentunya francais Middle Earth mempunyai pengikutnya yang tersendiri apabila mendapat sambutan hangat dalam kalangan gamers sedunia.

Meminjam elemen novel Lord of the Ring, ia menceritakan kembara Talion dan Celembrimbor yang mempunyai kuasa daripada Ring of Power untuk summon bala tentera bagi menentang Sauron.

Sistem Nemesis antara ciri baru diperkenalkan dan korang boleh expect penjelajahan lebih mencabar dan seronok menerusi konsep dunia terbuka. Nyata sekali sistem baru ini memberikan lebih kebebasan kepada pemain untuk menetapkan kawalan kepada karakter selain protagonis.

Mod baru seperti Social Conquest antara cabaran baru kepada pemain menakluk istana pihak lawan dengan risiko tinggi kehilangan pengikut buat selama-lamanya.

SOUTH PARK: THE FRACTURED BUT WHOLE (17 OKTOBER)

KETENGAHKAN genre RPG

Sebelum menjengah hujung tahun, Ubisoft bekerjasama dengan South Park Digital Studios bagi membangunkan permainan video baru yang mengetengahkan genre role-playing (RPG).

12 class superhero diperkenalkan antaranya Elementalist dan Gadgeteer. Berbeza dari keluaran sebelumnya, pemain kini berpuas hati kerana tiada lagi gender lock dan warna kulit yang boleh dipilih.

Permainan ini nyata seronok kerana ia mengembalikan kegemilangan zaman South Park dan ia dapat disaksikan apabila korang mengembara dan menempuh perjalanan sukar menewaskan kuasa jahat.