Dota 2: Juara TI10 nafi tinggalkan teman wanita mengandung

By Mike Hayate | February 9, 2022

Magomed ‘Collapse’ Khalilov adalah juara TI10 Dota 2 dari pasukan Team Spirit.

Collapse baru-baru ini dikatakan meninggalkan teman wanitanya yang sedang sarat mengandung.

Pada mulanya, bekas teman wanita Collapse, Mari menuduhnya memukul.

“Semuanya baik sehingga dia menang TI 10.

“Kemudian dia berubah, menjadi dingin dan kami banyak bergaduh. Dia juga menjadi agresif ketika bergaduh malah ada menolak saya,” kata Mari.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Mary (@meowwram)

Mari juga memberitahu bahawa Collapse juga curang dan meninggalkannya ketika mengandung.

Namun selepas tuduhan ini menjadi viral, Collapse pula menafikan perkara ini.

Dia tidak pernah menyakiti dan mencederakan bekas teman wanitanya ini.

Malah dia sendiri juga pernah bersama-sama membuat keputusan untuk menggugurkan kandungan teman wanitanya namun bekas teman wanita itu menipunya.

Walau apa pun yang terjadi, Collapse masih belum meninggalkan wanita itu dan masih sayang akan anaknya.

Pengurus Team Spirit, Dmitry ‘Korb3n’ Belov juga memberitahu bahawa dia mengetahui seluruh situasi ini dan sudah melihat semua bukti.

“Saya akan berada di pihak Magomed tanpa ragu-ragu mengenai perkara ini,”

Sebaliknya, Mari pula mengatakan Collapse menipu dengan kenyataannya dan Collapse juga mempunyai teman wanita baru dan dia juga mempunyai masalah dengan penggugurannya.