Resident Evil 2 Remake Sebenarnya Sangat Susah Untuk Dibangunkan

By Hazril Md Nor | July 19, 2018

Untuk mencipta kembali permainan klasik ke tahap lebih moden, Resident Evil 2 Remake mempunyai cabarannya tersendiri. Walaupun ia menambat hati para hadirin E3 2018 kerana visual dan gameplay lebih fresh untuk peminat, prosesnya bukan mudah.

Produser Resident Evil 2, Tsuyoshi Kanda dan Yoshiaki Hirabayashi menjelaskan part paling susah ialah mencipta kembali Resident Evil 2 dengan menggunakan RE Engine. Dan lebih mengejutkan, ia tak 100% sama untuk gameplay dan setia kepada storyline dalam keluaran asal 20 tahun dulu.

Kanda menjelaskan, “20 tahun dulu, grafik yang kita ada bukan photoreal dan kita boleh buat macam-macam tanpa perlu banyak risau. Sebagai contoh, mencipta makhluk besar seperti alligator gergasi – kini menjadi cabaran terbesar. Untuk mengemaskini permainan itu dengan pengimbas muka, pelakon motion-captured, persekitaran photorealistik.. sangat-sangat susah,”

Hirabayashi kemudiannya memberitahu lebih lanjut. “Sangat tricky untuk ubah tanpa mengubah ton permainan itu sendiri. Kami sedang berusaha mengembalikan memori lama ke dalam game dan bukan senang. Untuk mencipta satu babak yang mana karakter bersaiz manusia – seorang jejaka dengan pisau – cuba mengalahkan alligator… cukup kelakar. Peminat tak mengingatinya kerana kelakar tapi kerana keseluruhan permainan pada masa itu sangat hebat, dan babak itu cukup diingati. Proses itu sebenarnya susah untuk dibuat sekarang,”

Dia kemudian menambah, “Kami berharap dan mencuba untuk membangunkan game yang dirasakan elok dan sarat dengan kenangan daripada perspektif gameplay buat pertama kali 20 tahun lepas.”

Memang betul pun, untuk mencipta kembali game experience yang masih sama dengan teknik gameplay asal dan grafik bukannya semudah disangkakan. Tapi mesti kita semua tak sabar untuk melihat end product dan bagaimana Resident Evil 2 Remake akan menggegarkan industri permainan video pada 25 Januari tahun depan.

Sumber: Comicbook