[RASMI] Slot Mikey ditarik balik, MAB Esports dan Team Lemah lawan balik di kelayakan

By Mike Hayate | February 11, 2022

Kebenaran tidak pernah menipu. Hari ini, Moonton mengeluarkan satu kenyataan mengenai kes yang melanda MPL Malaysia.

Moonton sudah melakukan siasatan hasil dari bukti-bukti dan mengenakan tindakan kepada pasukan Homebois dan Mikey (yang mana slotnya diberikan kepada Axis Esports) dan beberapa pemain Homebois.

Pertamanya, Axis Esports akan kehilangan slot kerana slot itu diberikan oleh Mikey (yang perlu berhadapan dengan hukuman oleh pihak MPL MY).

Kedua, perlawanan kelayakan ke musim liga antara MAB Esports dan Team Lemah (Red Impact) akan diadakan kembali pada 13 Februari, jam 2 petang.

Mereka juga menegaskan yang integriti dan ketelusan adalah sangat penting dalam liga profesional di Malaysia. Mereka tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk penipuan. Setiap pemain perlu menunjukkan semangat kesukanan.

Artikel berkaitan: Hukuman terhadap pemain HomeBois dan Mikey