Inilah bentuk hukuman kepada pemain HomeBois dan Mikey

By Hazril Md Nor | February 11, 2022

Susulan dari isu integriti yang hangat diperkatakan di media sosial, nampaknya pemain HomeBois dan Mikey akan dikenakan tindakan.
 
Dalam dapatan MPL MY ketika pusingan kelayakan, mereka mendapati ada dua isu yang berlaku:
 
Pada 15 Januari dalam perlawanan antara MAB Esports dan Mikey, seorang pemain HomeBois didapati memberikan coaching kepada pemain Mikey ketika dalam PERLAWANAN.
 
Pada 8 Februari, pihak MPL MY menerima bukti yang kukuh atas isu ketidakadilan dalam permainan.
 
Ini adalah jenis hukuman kepada pemain-pemain:
 
Pemain Mikey, Muhammad “Squpoz” Zafri, Muhammad “Flint” Azim, Sufyan “Pyan” Nurhidayat dan Boy “Ombong” Salica bersalah kerana menerima signal dan coaching daripada Avaa lalu diharamkan bertanding di MPL MY untuk satu musim.
 
Tuan Azrin “Avaaa” Izzudin pula menerima signal dan coaching dari Ijat ketika perlawanan dan memberikan kelebihan kepada pemain Mikey serta memberikan coaching ketika kejadian. Dia diharamkan dari memasuki ekosistem MLBB untuk dua tahun
 
Pemain HomeBois, Muhammad “Ijat” Aizat pula memberikan signal dan coaching kepada Avaa dari Mikey. Dia diharamkan untuk dua musim (MPL MY S9 dan MPL MY S10)
 
MIKEY sebagai organisasi pula bersalah kerana menerima coaching ketika perlawanan berlangsung yang memberikan kelebihan kepada ahli-ahlinya. Sebagai hukuman, Mikey sebagai organisasi diharamkan selamanya dari ekosistem MLBB.
 
HomeBois pula didapati bersalah dalam mengendalikan pemain lalu menerima penolakan dua minggu markah musim liga (4 perlawanan *dua mata = 8) dan
 2 minggu insentif akan dibatalkan.