Team Lemah bertanding secara bebas, bukan di bawah Red Impact

By Hazril Md Nor | February 13, 2022

Susulan daripada siasatan MPL MY ke atas pasukan HomeBois dan Mikey tempoh hari, MAB Esports dan Team Lemah (Red Impact) perlu mengadakan perlawanan semula bagi melayakkan diri ke musim liga MPL MY S9 yang akan berlangsung 18 Februari ini.

Dalam satu kenyataan ringkas di Instagram, Team Lemah mengumumkan Red Impact bukan lagi bersama mereka dan akan dilepaskan dari organisasi Red Esports.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MPL Malaysia (@mplmy.official)

Perlawanan kelayakan MPL MY S9 jam 2 petang secara tertutup (tanpa siaran langsung) ini akan menyaksikan Team Lemah bertanding sebagai pasukan bebas yang tiada hak pemilikan / ditaja oleh mana-mana organisasi.

Keputusan ini difahamkan berkaitan dengan peraturan MPL MY S9 di mana sebuah organisasi tidak boleh memiliki lebih dari satu pasukan dalam liga.

Terdahulu, beberapa pemain HomeBois dan Mikey dikenakan tindakan kerana didapati bersalah memberikan khidmat jurulatih ketika perlawanan kelayakan melawan MAB Esports.

Sementara itu, MPL MY turut mengumumkan hadiah terkumpul sebanyak AS$100,000 (RM418,000).

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MPL Malaysia (@mplmy.official)

Foto: Red Esports