Apa itu Hoyoverse?

By Mike Hayate | February 15, 2022

MiHoYo kini mengumumkan pelancaran baru produk mereka iaitu HoYoverse.

Jenama ini adalah untuk membina dan menyebarkan satu dunia virtual mengasyikkan untuk menjadikan pengalaman terbaik bagi semua pemain.

Melalui Genshin Impact, Honkai Impact 3rd dan Tears of Themis, miHoYo memperoleh begitu banyak penambahan pemain di serata dunia.

Image

“Misi kami adalah untuk menjadikan HoYoverse di dalam dunia virtual yang memasukkan permainan video, anime dan pelbagai lagi jenis hiburan yang lain,” ujar Haoyu Cai – pemilik bersama dan CEO HoYoverse.

HoYoverse juga akan meluaskan lagi produksi, penyelidikan teknologi dan operasi di Montreal, Los Angeles, Singapura, Tokyo dan Seoul.