Bila ayah sendiri stream snipe dalam Call of Duty Warzone

By Mike Hayate | February 17, 2022

Lawak dan benar.

Inilah yang terjadi kepada streamer OpTic Gaming Zack “ZLaner” Lane apabila bapanya sendiri stream snipe dan berjaya menyelinap masuk ke lobi yang sama.

Ayah Zlaner yang diberi nama PAPALaner di dalam Call of Duty Warzone. Kejadian ini terjadi ketika Zlaner sedang stream.

Stream snipe selalunya perkara yang sangat tidak disukai ramai penstrim tidak kiralah permainan video apa.

Namun PAPALaner dengan bangganya terus menelefon anaknya untuk memberitahu ‘berita buruk’ ini.

https://cdn.oneesports.gg/cdn-data/2022/02/CallOfDuty_Warzone_ZLaner_streamsnipe_dad_gliding-2-1024x576.webp

https://cdn.oneesports.gg/cdn-data/2022/02/CallOfDuty_Warzone_ZLaner_streamsnipe_dad-1024x576.webp

“Mesti awak tidak percaya, ayah sebenarnya sedang stream snipe awak dan ayah rasa ayah di dalam lobi sama sekarang,” ujar PAPALaner ketika menelefon anaknya.

Lebih mengejutkan PAPALaner berjaya mengalahkan anaknya.

Kemudian mereka berdua melakukan duo dan strim bersama-sama di dalam Call of Duty Warzone.

Walaupun stream snipe adalah perkara yang tidak elok tetapi, apa yang berlaku antara dua beranak ini sangat mencuit hati.

Rujukan: ONEEsports