Leixia serasi bersama SMG

By Hazrul Md Nor | February 19, 2022

Perlawanan pertama MPL MY musim ke-9 menyaksikan pasukan SMG akan bertemu dengan pasukan Orange Esports.

Orange Esports mengalami tekanan yang diberikan oleh Team SMG pada minit awal permainan. Mudah sahaja Team SMG mendapatkan objektif yang diperlukan dan mengawal permainan.

ZaimSempoi terus membuat rotasi yang tepat pada masanya untuk membantu ahli pasukan mereka memenangi perlawanan. Bantuan yang diberikan oleh Smooth dan Sasa berjaya memberi ruang kepada Leixia untuk mendapatkan farm yang diperlukan.

Orange Esports akhirnya tewas pada minit ke-11 selepas kesemua inhibitor turret mereka dihancurkan Team SMG. Leixia berjaya mendapatkan gelaran MVP untuk perlawanan pertama ini.

Perlawanan kedua diteruskan dan Orange Esports membawa masuk Aulus sebagai jungler mereka. Manakala Team SMG menggunakana Hayabusa untuk memberikan burst damage kepada Orange Esports.

Seperti perlawanan pertama, situasi di awal permainan masih memberikan kelebihan kepada Team SMG untuk mendapatkan objektif dan melakukan rotasi yang diperlukan bagi memenangi lane masing-masing.

Perbezaan gold sebanyak 6 ribu pada minit ke-12 menyebabkan pasukan Orange Esports harus bermain dengan lebih berhati-hati. Kesilapan mereka yang terlalu agresif menyebabkan mereka dihukum oleh Team SMG.

Lord pertama berjaya diambil Team SMG dan mereka terus mendominasi pasukan Orange Esports. Damage yang dikeluarkan oleh Sasa menggunakan Feathered Air Strike terlalu tinggi untuk Orange Esports hadapi dan mereka tewas di minit ke-14.