Katanya membosankan, tapi sekarang Shroud sendiri ketagih Lost Ark

By syazwanbahri | February 21, 2022

Lost Ark adalah sebuah permainan MMO yang amat popular, dan permainan ini berjaya menewaskan PUBG dan Dota 2 di Steam dari segi bilangan pemain. Malah, ia terlalu terkenal sehingga banyak pelayan (server) tidak mampu menampung bilangan pemain yang terlalu ramai.

Nampaknya, Shroud juga sudah menyertai trend permainain ini. Namun, dia pernah berkata yang dia tidak akan bermain Lost Ark kerana ia permainan yang paling membosankan yang pernaih dimainkan olehnya.

Walaupun pernah berkata sedemikian, nampaknya Shroud kini sudah ‘sangkut’ bermain Lost Ark. Sebagai bukti, saluran Shroud kini penuh dengan kandungan Lost Ark. Siaran berkaitan Lost Ark juga menarik lebih ramai penonton. Dia mempunyai purata 25,000 penonton semasa menstrim Lost Ark berbanding 1,500 di Valorant.

Seorang penonton bertanya pendapat Shroud tentang Lost Ark kerana ramai penstrim berkata permainan itu membosankan.

“Ya, saya salah seorang daripada mereka, okey. Saya mengakui saya adalah salah seorang daripada mereka. Saya percaya Lost Ark membosankan. Sekarang saya ketagih,” jawab Shroud.

Buat masa ini, Shroud menumpukan masanya untuk menaikkan tahap watak Lost Arknya. Mungkin dia akan kembali ke Counter Strike Global Offensive tidak lama lagi seperti xQc menjangkakan.

Sumber rujukan: Dexerto