Beberapa pasukan diberi amaran keras di VALORANT Conquerers Championship 2022

By syazwanbahri | February 21, 2022

Beberapa pasukan dijumpai untuk menggunakan eksploit di peta Haven di C sewaktu kejohanan VALORANT Conquerers Championship (VCC) 2022. Kejohanan ini akan menempatkan pasukan ke peringkat seterusnya iaitu kejohanan VALORANT Champions Tour APAC Challengers Stage 1.

Semua pasukan yang bersalah diberikan amaran keras oleh NODWIN Gaming, penganjur kejohanan.

Eksploit yang digunakan beberapa pasukan ini terletak di C Site di Haven di mana seorang pemain boleh mengakses lokasi yang sepatutnya tidak boleh dicapai dalam situasi biasa.

Eksploit ini sudah berada dalam permainan agak lama dan ia agak mudah untuk dilakukan. Pemain Jett mampu melakukannya dengan sangat konsisten tetapi watak lain boleh melakukannya juga dengan sedikit latihan. Dengan melompat dan kemudian menekan CTRL semasa di udara, pemain boleh mencapai lokasi ini.

Walaupun mekanik itu sendiri tidak dianggap sebagai eksploitasi, mencapai lokasi yang sepatutnya tidak dicapai dan menyalahgunakan tempat tertentu dianggap sebagai pelanggaran integriti kompetitif.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by NODWIN Gaming (@nodwingaming)

Perubahan ini juga membawa makna bahawa Riot Games mengambil serious tentang eksploit-eksploit sebegini dan ini akan mengubah beberapa perkara dalam permainan untuk pemain biasa seperti kita dalam masa yang akan datang. Sebagai contoh, eksploit kamera Cypher di Breeze juga disiasat oleh Riot Games dan keputusan perlawanan diberikan kepada Acend.

Sumber rujukan: AFK Gaming