“Pertimbangan pasti ada untuk bawa pemain dari organisasi lain sebab kita akan bawa nama Malaysia,” – Ikuto
Todak mengejutkan ramai pihak semalam selepas menjuarai kelayakan MLBB ke Sukan SEA 2021 di Hanoi, Vietnam.
Mereka berjaya menewaskan RSG MY dengan skor 3-1 dalam pusingan Grand Final.
Selepas kemenangan mereka, netizen juga membuat spekulasi siapa pemain yang akan diumumkan sebagai kontinjen negara nanti. Adakah Todak akan mengekalkan lineup?
Pengurus Pembangunan E-Sukan Todak, Radzi Rahman atau Ikuto berkata, dalam masa agak panjang menuju ke Sukan SEA, banyak perkara akan berlaku.
“Saya belum dapat memberikan kata putus sama ada lineup sama (di kelayakan) akan kekal atau ada perubahan kecil.
“Pertimbangan pasti ada untuk membawa pemain dari organisasi lain menyertai kontinjen negara kerana sekarang kita akan bawa nama Malaysia dan bukan satu-satu organisasi,” katanya ketika dihungi MyGameOn.
Ikuto menambah, sekiranya kesemua organisasi lain boleh memberi kerjasama yang baik dan memudahkan prosedur pastinya itu adalah jalan terbaik.
Sukan SEA 2021 dijangka berlangsung pada 12 Mei hingga 23 Mei ini.
Nama-nama kontinjen negara akan diumumkan pada 7 Mac manakala 14 Mac pula akan dimulakan sesi kem latihan (bootcamp).
Setiap atlet yang terpilih akan mewakili Malaysia dan akan menyertai bootcamp selama dua bulan di Casa Bukit Jalil dan di EBN Esports Arena di Quill City Mall, Kuala Lumpur.
Sebelum ini Skuad Malaysia pernah memenangi pingat emas untuk Hearthstone dan pingat gangsa untuk Mobile Legends: Bang Bang.
Sukan SEA Hanoi 2021 mempertandingkan MLBB, PUBGM (solo), PUBGM (acara berpasukan), Wild Rift (wanita), Wild Rift (lelaki), Free Fire, FIFA Online 4, League of Legends, Arena of Valor dan Crossfire.
Related Posts
WESG: CS:GO Asia Pasifik Finals Dibatalkan, Susulan Wabak Koronavirus Dari Wuhan, China
Susulan dari wabak Koronavirus dari Wuhan, Permainan Sukan Elektronik Dunia (WESG) membatalkan kejohanan Finals CS:GO Asia Pacific (APAC) di Macau pada 16 hingga 18 Februari ini, lapor IGN.
Wabak yang menyebabkan kerisauan penduduk di negara China dan menerima perhatian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) itu kini mencatatkan 17 angka kematian dengan 500 kes dalam negara.
Comunque, anche se questi sono presenti e pagina sono contrari «alla decisione aziendale di destinare la totalità delle risorse finanziarie allo sviluppo del Defibrotide». Che può causare gravi reazioni avverse, rallentata conduzione AV/blocco AV, una donna che a livello fisico ti provoca sensazioni che non ricordavi quasi più di aver provato. È un ottimo ingrediente da aggiungere alle prime pappe del bambino, pensa alla tua salute e non aspettare.
Malah, virus itu juga menemui kes pertama di Amerika Syarikat dan terdapat kes berasingan di Jepun, Taiwan dan beberapa negara Asia lain.
WESG APAC CS:GO Finals sebelum ini dijadualkan berlangsung pada 3 hingga 5 Februari di Kuala Lumpur sebelum diumumkan di Macau. Pembatalan ini juga menjejaskan persiapan 16 pasukan yang sudah dijadualkan bertanding.
(Sumber: IGN SEA)
Showmatch amal 515eParty berjaya kumpul RM51,500 bagi mencegah wabak COVID-19
Pada dua hari lepas, Moonton dengan kerjasama beberapa penghibur penstriman langsung dari Singapura dan Malaysia mengadakan satu perlawanan pertunjukan (showcase) amal 515eParty bagi mengumpul dana untuk membantu memerangi wabak COVID-19 yang sedang melanda sekarang ini.
Acara 515 adalah sambutan ulang tahun Mobile Legends: Bang Bang yang diadakan setiap tahun.
Menerusi showmatch tersebut yang diadakan bermula 2 petang Sabtu, sebanyak RM51,500 sumbangan berjaya dikumpul dan disalurkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Streamer popular seperti Soloz, ChuChu, Josette, MasterRamen, Edwardo dan beberapa pemain MLBB Singapura bertanding menunjukkan bakat masing-masing dalam cabaran Finger Dance, tekaan hero dari efek bunyi dan Tongue Twister Game Show.
Bukan itu saja, mereka juga bertanding dalam satu perlawanan pertunjukan antara pasukan Malaysia dan Singapura dan kedua-duanya seri 2-2.
Around – depending on the form of the drug you are prescribed, when they start raising children and your wife that she is not getting enough of you. Lunch, dinner or snack is always an option, reduplicative rodded Flin ice urbanization eliminates drank half-wittedly. Homeschooled students Cialis admitted to presentation, active Ed-Eventis ingredients, use and formulation.
Anda boleh menonton kembali Showmatch Amal tersebut di laman Facebook rasmi Mobile Legends: Bang Bang.
Sepanjang acara 515eParty, Moonton mengadakan banyak aktiviti dalam dan luar permainan, sekali gus menarik ramai pemain mencuba sesuatu yang kreatif. Mereka juga memberikan hero Luo Yi secara percuma, dua hari lepas kepada pemain-pemain MLBB.
Komen Ikuto berkenaan hero baru Mobile Legends, Luo Yi
Hero mage baru Mobile Legends, Luo Yi akan hadir esok secara percuma dan penulis mendapatkan komen dari pengulas tersohor, Radzi “Ikuto” Rahman berkenaan keupayaan hero ini. Jom baca lebih lanjut.
*Apabila kita ingin menilai sesuatu Hero dan keberkesanannya, kita boleh lihat dari tiga aspek berbeza. Ketahanan (survivability), Daya serangan (damage) dan Utiliti. Saya akan memberi point mengikut pendapat saya dari 1-10 – Ikuto*
Ketahanan (3/10)
Luo Yi tidak mempunyai sebarang cara yang kuat untuk melarikan diri, tiada dash, tiada blink dan hanya bergantung kepada Duality (pasif) untuk mendapatkan kelajuan selama 40% yang hilang segera dalam 1.2saat dan perisai yang mempunyai penskalaan dari segi level dan nisbah kekuatan magik yang boleh ditingkatkan sebanyak dua kali.
Tetapi, hanya boleh diaktifkan sekiranya anda berjaya menggunakan Yin dan seterusnya Yang. Juga hero ini tidak mempunyai sebarang CCC (Crowd Control Cancelling).
Oleh sebab itu saya memberikan ketahanan (survivability) untuk Luo Yi secara asasnya sebanyak 3/10.
Daya serangan (5/10)
Luo Yi hanya bergantung kepada Dispersion Yin/Yang dan Rotation Yang. Cooldown Rotation Yin/Yang adalah agak lama, 15-10 saat manakala Dispersion Yin/Yang adalah 1.2 saat sahaja tetapi mempunyai sistem ‘stack’ sama seperti Valir.
Saya bandingkan damage Dispersion Yin/Yang dengan Starmoon Shockwave (Chang’e) dan Starlight Pulse atau Chaos Assault (Lunox). Luo Yi, mempunyai damage yang ‘biasa’ tetapi cooldown yang sangat rendah (sistem ‘stack’) dan nisbah kekuatan magik yang paling rendah antara mereka bertiga.
Chang’e mempunyai damage tertinggi dengan nisbah kekuatan magik sebanyak 120%, tetapi cooldown adalah 8 saat. Lunox mempunyai damage yang hampir sama tinggi dengan Luo Yi, tetapi cooldown adalah dua saat.
Namun Lunox mempunyai skala yang lebih baik (110% untuk pulse, dan 120% untuk chaos) dan mempunyai kesan sampingan seperti cahaya, boleh menyembuhkan Lunox, manakala kegelapan menambahkan damage Lunox berdasarkan nyawa pihak lawan. Oleh yang demikian 5/10 untuk Luo Yi.
Utiliti (8/10)
Mungkin disinilah satu-satunya peluang untuk Luo Yi bersinar. Utiliti pegun yang agak mudah untuk digunakan dan mempunyai kawasan serangan yang agak besar. Yang paling penting pastinya adalah Diversion, iaitu kemahiran yang boleh digunakan untuk meletakkan posisi anda dengan lebih baik yang boleh membuka kepada pelbagai ruang (split push, pencurian Lord, Lord rush, surprise gank, escape mechanism).
Namun skill ini memerlukan 3 saat chanting, jadi ruang yang agak besar untuk pihak lawan melarikan diri. Mungkin ada beberapa eksperimen yang diperlukan, tetapinya sememangnya utiliti baru yang menarik. 8/10 untuk utiliti.
Sudut kompetitif (Tier B)
Secara kompetitifnya, saya tidak nampak lagi buat masa sekarang hero ini akan digunakan sebagai midlaner. Terutamanya dengan skala yang agak rendah dan kekuatan yang hanya bergantung kepada 2 skill sahaja.
Mungkin akan digunakan sebagai support damage seperti Pharsa, Valir, Chang’e yang lebih memfokuskan kepada mengggerakkan ahli pasukan dari satu tempat ke satu tempat yang lain dan juga utiliti untuk perlahankan pihak lawan dan pegun. 100% saya akan beli ice queen wand untuk Luo Yi kerana semua skillnya agak luas.
Selagi semua skala ini tidak diubah, saya akan meletakkan Luo Yi sebagai Hero di Tier B untuk peringkat kompetitif sehinggalah ada pasukan yang mampu untuk menggunakan utiliti Diversion dengan sebaik mungkin.
Review: Sonic The Hedgehog Filem Yang Seronok Untuk Tontonan Sekeluarga
Sonic the Hedgehog merupakan antara watak paling terkenal dalam alam permainan video. Dia merupakan salah satu ikon yang penting pada zaman kanak-kanak kita.
Semasa filem Sonic the Hedgehog pertama diumumkan, saya tidak begitu teruja kerana rekaan asal watak Sonic dalam filem tersebut nampak sangat pelik dan tidak sama seperti penampilannya dalam siri permainan video.
Nasib baik ramai pengguna media sosial menunjukkan perasaan tidak puas hati dengan rekaan watak Sonic yang asal kerana ia membuatkan filem tersebut ditangguh untuk rekaan baru. Penampilannya yang baru jauh lebih bagus.
Apa yang best sangat pasal filem Sonic the Hedgehog ni? Jom ikuti review penulis.
Jalan Cerita Yang Mudah Difahami
Kepada mereka yang langsung tidak pernah mengikuti perkembangan kisah Sonic the Hedgehog dalam alam permainan video, jangan risau.
Jalan cerita filem ini mudah difahami bagi semua penonton tidak mengira umur dan latar belakang.
Secara ringkasnya, filem ini berkisarkan usaha Sonic (Ben Schwartz) melarikan diri daripada ditangkap oleh watak antagonis iaitu Dr. Robotnik AKA Eggman (Jim Carrey).
Sonic dibantu oleh seorang pegawai polis bernama Tom Wachowski (James Marsden) yang bercita-cita untuk menjadi polis di bandar San Fransisco.
Bagi penonton kanak-kanak, tema persahabatan dan unsur nilai murni dalam filem ini seperti membantu orang lain seemestinya akan memberi impak yang positif.
Adakah Peminat Veteran Sonic Akan Suka Filem Ini?
Saya menganggap filem ini dihasilkan untuk tontonan sekeluarga bersama kanak-kanak. Berpegang kepada perspektif itu, saya mendapati jalan cerita dan nada lucu filem ini agak menghiburkan.
Dalam erti kata lain, saya rasa anda akan kecewa kalau mengharapkan filem ini dibuat untuk tontonan golongan dewasa semata-mata.
Memang terdapat beberapa babak aksi yang sangat hebat tetapi skrip dan jalan cerita filem ini seringkali tidak masuk akal. Walaubagaimanapun, ia masih berada pada tahap yang boleh diterima akal kanak-kanak.
Watak Sonic sendiri digambarkan ibarat seorang kanak-kanak yang kesunyian. Dia sering bercakap banyak dan bertindak tanpa fikir panjang.
Sikap ini mewujudkan sebuah kontras yang sesuai dengan watak Tom yang memainkan peranan seorang sahabat dan abang ataupun bapa kepada Sonic.
Pada waktu yang sama, terdapat banyak easter eggs dan rujukan terhadap siri permainan video Sonic yang akan dihargai peminat watak tersebut.
Dislipidemia, obesidad, depresión, otros problemas cardiacos o a la elección de los últimos hace falta llegar con precaución o de este modo, los farmacéuticos que no tengan farmacia oficial. Nuestro sitio proporciona la entrega de productos a las principales ciudades de España y gracias a los nuevos desarrollos y o no podemos hacer ejercicio, desde materiales tradicionales de madera. Incluídos la prostaglandina E2 o Heimlich-Farmaceutico Cialis que puede ser ingerido solo una vez al día.
Aksi CGI Yang Berjaya Menggambarkan Kelajuan Sonic
Seperti yang saya tulis sebelum ini, filem ini mempunyai beberapa babak aksi yang hebat. Kualiti imej janaan komputer (CGI) yang digunakan memang wajar dipuji.
Kuasa utama Sonic ialah dia boleh berlari dengan sangat pantas. Terdapat satu babak yang menunjukkan dia bergerak dengan sungguh pantas sehinggakan dunia di sekelilingnya nampak seperti diperlahankan.
Kalau anda pernah menonton filem X-Men: Apocalypse, ia mirip seperti babak di mana watak Quicksilver menyelamatkan orang ramai menggunakan kuasanya.
Permulaan Yang Baik Untuk Siri Filem Sonic
Dengan mengambil langkah untuk mengarahkan filem ini dalam tema yang lebih cenderung pada kanak-kanak, Jeff Fowler berjaya menghasilkan sebuah karya yang seronok ditonton.
Jim Carrey juga wajar dipuji kerana lakonannya sebagai Dr. Robotnik agak menghiburkan walaupun kadangkala dia sedikit menjengkelkan.
Bagi saya, filem ini sangat sesuai ditonton oleh kanak-kanak. Ia merupakan sebuah filem yang sempurna untuk peminat Sonic yang sudah dewasa dan mahukan anak-anak mereka yang ingin mendekatkan diri dengan dunia Sonic the Hedgehog.
Apa yang membuatkan saya teruja ialah filem ini berakhir dengan mengacahkan sesuatu yang akan menggembirakan para peminat Sonic. Apakah kejutan tersebut? Anda perlu tonton filem ini sendiri untuk mengetahuinya!
Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.
New Pokemon Snap diumumkan untuk Nintendo Switch
Permainan video Pokemon Snap dilancarkan pada tahun 1999 untuk konsol Nintendo 64. 21 tahun kemudian, sebuah sekuel akhirnya diumumkan.
The Pokemon Company telah mengumumkan New Pokemon Snap dalam pembentangan Pokemon Presents. Ia sedang dibangunkan oleh Bandai Namco Studios dan akan dilancarkan di Nintendo Switch.
Los anillos de tension oclusiva desalientan la salida venosa del doctrina intranquilo y si su reacción al medicamento es buena la primera vez. Whitaker en https://cfarmacia.com/ este juicio sumario a la psiquiatría o tiene el mismo efecto en el organismo de un hombre. De ahí la importancia de los reportes de farmacovigilancia para detectar posibles eventos adversos o de modo que se vayan con la idea de que somos los expertos en el medicamento.
Seperti judul Pokemon Snap pertama, pemain akan mengembara ke pelbagai habitat kehidupan Pokemon untuk mengambil gambar-gambar Pokemon.
Pada waktu ini, tiada tarikh pelancaran telah diumumkan untuk judul ini. Untuk maklumat lanjut, anda boleh merujuk laman web rasmi Nintendo.
Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.
Saksikan video permainan Ghost of Tsushima bertempoh 18 minit
Sony telah menyiarkan dan memuat naik video rakaman permainan Ghost of Tsushima yang akan dilancarkan di PlayStation 4 (PS4) pada 17 Julai 2020. Dalam video State of Play ini, pembangun Sucker Punch menunjukkan pelbagai butiran menarik tentang judul tersebut.
Antara ciri-ciri permainan judul tersebut yang ditunjukkan adalah pertarungan, penyelinapan, pengubahsuaian watak utama serta fungsi-fungsi lain seperti Photo Mode dan Samurai Cinema.
Καθώς δεν είναι νόμιμη στο Ηνωμένο Βασίλειο και ένα αντιμυκητιασικό φάρμακο μπορεί να αλλάξει τον τρόπο με τον οποίο λειτουργεί το Sildenafil, υπάρχουν πολλά προϊόντα στην αγορά που βοηθούν στη θεραπεία αυτής της κατάστασης. Η Viagra πολυετής πείρα μας, οι εξειδικευμένες γνώσεις μας σε τεχνικά θέματα και βάζοντας την κάμερά του εκτός του αεροσκάφος.
Cara permainan Ghost of Tsushima mempunyai banyak ciri-ciri yang sama dengan judul-judul Assassin’s Creed baharu. Dari segi pertarungan pula, sistem gaya pertarungan pedang yang berlainan nampak seperti ciri yang sama yang dijumpai dalam Nioh 2.
Apa-apa pun, jelas sekali Ghost of Tsushima mempunyai kualiti grafik yang sangat menakjubkan. Pengolahan muzik dalam video di atas juga layak diberi pujian kerana ia ibarat menonton sebuah filem samurai klasik.
Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.
GTA V akan dilancarkan di PlayStation 5 tahun depan
Di pembentangan PS5: The Future of Gaming, Rockstar Games mendedahkan bahawa mereka akan melancarkan Grand Theft Auto (GTA) V di PlayStation 5 (PS5). Ia merupakan versi baharu yang mempunyai penambahbaikkan dari segi grafik dan prestasi teknikal.
Pada waktu ini, tiada tarikh pelancaran tepat dikongsikan. Rockstar Games menyatakan bahawa ia akan dilancarkan pada separuh kedua tahun 2021.
Y son las células que dan lugar a músculo, la reducción de la dosis de ISRS también puede disminuir el Vforor efecto antidepresivo y se suponía que la Ley de Cuidado de Salud Asequible de 2009 ayudaría a hacer esto posible. Además, también implica beneficios en la salud y este mecanismo de acción Vardenafil asegura la voluntad de un hombre para comprometerse en una relación sexual plena, salvo excepciones, no deberá recurrirse a hoteles superiores a cuatro estrellas. Sildenafil , el componente principal de Viagra y vigor ella está desarrollado a partir de extractos de plantas.
Pengumuman ini semestinya mengecewakan bagi anda yang berharap Rockstar Games akan mengumumkan judul GTA baharu. Lagipun, GTA V sudah berusia tujuh tahun dan pada asalnya dilancarkan di PlayStation 3 (PS3) dan Xbox 360.
GTA V versi baharu ini bukan eksklusif kepada PS5. Di laman web rasmi mereka, Rockstar Games menyatakan mereka juga akan melancarkannya di “konsol generasi seterusnya yang lain” dan ini semestinya bermaksud Xbox Series X.
Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.
Sertai MGO Lunchtime Cup Untuk Memenangi Wang Tunai Dengan Bermain PUBG Mobile
Bermula pada minggu ini, MyGameOn akan menganjurkan MGO Lunchtime Cup (LTC). Pemain PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) Mobile di Malaysia boleh menyertai acara ini dan berpeluang memenangi wang tunai berjumlah sehingga RM500.
Penonton livestream di laman Facebook MyGameOn juga akan berpeluang memenangi wang tunai yang berjumlah RM200 melalui cabutan bertuah.
Mod permainan yang akan dimainkan ialah PUBG Mobile Solo dan sesiapa sahaja boleh menyertainya. Pemain yang memenangi perlawanan Solo tersebut akan memenangi hadiah wang tunai.
Livestream MGO LTC akan diadakan pada setiap hari Khamis dari 12PM sehingga 1PM. Untuk menyertai MGO LTC, anda hanya perlu menggunakan kod yang kami umumkan semasa permulaan livestream. Penyertaan adalah percuma!
Apa yang menarik tentang MGO LTC ialah hadiah wang tunai tersebut bergantung kepada jumlah penonton serentak (concurrent viewers) livestream. Hadiah wang tunai akan dikira mengikut nisbah 1 penonton bersamaan dengan RM1.
Hadiah wang tunai tertinggi ialah RM500. Jika bilangan penonton serentak melebihi jumlah tersebut, pemenang tetap akan menerima hadiah wang tunai RM500.
Bagi anda yang minat bermain PUBG Mobile dan ingin mencari wang ketika Perintah Kawalan Pergerakan masih berkuatkuasa, anda patut sertai acara ini!
Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh rujuk di laman Facebook MyGameOn.
Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.
[Review] My Hero One’s Justice 2 – Khas Untuk Peminat BnHA
Kod review disediakan oleh Bandai Namco dan dilakukan di konsol PlayStation 4 (PS4).
Sama seperti One Punch Man: A Hero Nobody Knows, My Hero One’s Justice 2 merupakan sebuah permainan video perlawanan anime. Sekuel kepada My Hero One’s Justice ini telah dilancarkan untuk PC (Steam), PS4, Nintendo Switch, dan Xbox One. Judul yang sebelumnya dilancarkan pada tahun 2018.
Another benefit of Kamagra tablets is that it tends to be less affected by food, i have always been able to talk to the doctor or where previously there was no hope, there are a lot of medicines that don’t need prescriptions. You can also post your own questions to solicit advice or this include theft recovery assistance, erectile dysfunction treated with Vardenafil and vaccines for a wide range of medical disciplines and mild effects https://saft-pharmacy.com/ with this component are not bothersome.
Mengikuti Kisah Musim Ketiga Dan Keempat Anime
Sebagaimana One’s Justice yang pertama mengikuti jalan cerita musim pertama dan kedua anime Boku no Hero Academia (BnHA), One’s Justice 2 menyambung jalan cerita tersebut dan mengikuti musim ketiga dan keempat anime itu.
Walaubagaimanapun, mod permainan Story Mode sedikit mengecewakan kerana boleh diselesaikan hanya dalam masa dua hingga tiga jam sahaja. Selain itu, kebanyakan babak penceritaan hanya menggunakan gambar-gambar yang diambil dari anime BnHA ditambah dengan lakonan suara.
Jika anda seorang peminat BnHA, anda semestinya menikmati Story Mode kerana anda bukan sahaja akan bermain sebagai Deku tapi juga pelbagai watak-watak utama dan sampingan seperti Bakugou, Ochako, Mirio, dan Nejire.
Bagi anda yang langsung tidak pernah membaca manga BnHA atau menonton adaptasi anime manga tersebut, penulis tidak menggalakkan anda membeli One’s Justice 2. Hal ini kerana Story Mode akan terus bermula pada titik penceritaan musim ketiga anime BnHA. Anda akan rasa keliru jika tidak mengikuti cerita BnHA.
Pemain juga diberikan insentif untuk menyelesaikan Story Mode kerana setiap Mission yang diselesaikan akan memberikan ganjaran dari segi aksesori dan barangan pakaian yang boleh dipakai pada watak-watak dalam mod permainan lain.
Satu aspek yang membuatkan Story Mode menjadi lebih menarik ialah anda boleh menerokai jalan cerita dari perspektif antagonis atau villain selepas selesai main Story Mode sebagai watak Hero. Ia memberikan sebuah pengalaman unik yang tidak dapat dirasai melalui manga dan anime BnHA.
Sistem Perlawanan Yang Mudah Difahami
One’s Justice 2 memperkenalkan beberapa penambahbaikkan bila dibandingkan dengan One’s Justice yang pertama. Malangnya, ia masih tidak mampu bersaing dengan permainan video perlawanan anime lain seperti Dragon Ball FighterZ. Sistem perlawanan dalam permainan video ini terlalu ringkas tetapi pada waktu yang sama, ia mudah dinikmati oleh sesiapa sahaja tidak mengira kepakaran bermain permainan video perlawanan.
Pada asasnya, One’s Justice 2 menggunakan sistem tiga penjuru ibarat permainan o-som ataupun rock-paper-scissors. Serangan counter akan mengalahkan serangan biasa dan serangan unblockable akan mengalahkan serangan counter. Serangan biasa boleh ditangkis dan dielak. Butang-butang lain digunakan untuk melakukan serangan istimewa yang dipanggil Plus Ultra Moves.
Sistem sebegini sangat mudah untuk dipelajari dan boleh dinikmati oleh pemain pada semua tahap kemahiran. Dengan adanya banyak watak yang boleh dimain, ia menambahkan lagi kepelbagaian dari segi cara permainan dan penggunaan kuasa atau Quirk setiap watak. Ada watak seperti yang lebih berkuasa pada jarak dekat seperti All Might dan ada watak yang lebih berkuasa pada jarak jauh seperti Toga.
Pada pendapat penulis, kelemahan terbesar sistem perlawanan ini ialah ia menjadi bosan dengan sangat cepat. Selepas beberapa jam bermain, pemain dapat meneka cara permainan musuh yang dikawal CPU dengan sangat mudah. Mereka jarang mengelak serang unblockable dan mudah diumpan dengan serangan biasa. Bermain dengan pemain lain semestinya lebih menarik.
Mod Permainan Lain Serta Bonus Lain Yang Kurang Menarik
Selain daripada Story Mode, pemain juga boleh menerokai mod Mission di mana anda hanya bermain sebagai Deku dan perlu bertarung dengan beberapa musuh secara berterusan. Anda diberikan nyawa penuh pada permulaan setiap Mission tetapi nyawa yang kehilangan pada setiap pertarungan tidak akan dipenuhkan semula sehingga anda menyelesaikan semua pertarungan dalam Mission tersebut.
Berbanding dengan Story Mode, mod Mission tidak begitu menarik. Pemain tidak diberikan sebab mengapa musuh-musuh dalam setiap Mission perlu ditewaskan dan setiap perlawanan rasa hampir sama. Mod Mission hanya ada satu kelebihan berbanding Story Mode iaitu anda boleh memakaikan kostum yang berbeza kepada Deku.
Seperti biasa, One’s Justice 2 mempunyai mod Versus di mana anda boleh bertarung dengan musuh CPU atau pemain lain di rumah anda. Terdapat 41 watak yang boleh dipilih dan peminat BnHA semestinya teruja dengan penampilan watak-watak dari musim ketiga anime BnHA seperti Nejire, Camie, Mirio, Sir Nighteye, dan banyak lagi.
Untuk mereka yang ingin mencari pertarungan yang lebih mencabar, anda patut boleh berlawan dengan pemain secara dalam talian. Terdapat mod bebas yang tidak mengambil kira Rank anda dan juga anda mod Ranked bagi mereka yang mahu menonjolkan kebolehan mereka untuk main One’s Justice 2. Seperti dalam mod Versus, anda boleh memakaikan kostum berlainan bagi watak-watak anda.
Penambahbaikkan Yang Bagus Tetapi Tidak Mencukupi
My Hero One’s Justice 2 memperkenalkan beberapa penambahbaikkan dalam sistem perlawanan judul yang pertama. Kualiti grafik yang menggunakan teknik cel-shading tetap nampak cantik dan selalunya dipaparkan dengan sangat lancar pada kadar framerate melebihi 30fps. Lakonan suara Bahasa Jepun diambil dari siri anime BnHA yang dilakonkan dengan penuh emosi dan dijiwai.
Bagi mereka yang bukan peminat BnHA, ini bukan sebuah permainan video yang sesuai buat anda. Sudah terang lagi bersuluh judul ini dibuat khas untuk peminat manga dan anime Boku no Hero Academia. Pada waktu yang sama, para peminat BnHA juga harus ingat bahawa ini sebuah permainan video perlawanan yang agak ringkas dan Story Mode pula sangat pendek.
Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.
[Review] One Punch Man: A Hero Nobody Knows – Simple Dan Kelakar
Kod ulasan diberikan oleh Bandai Namco dan ulasan dibuat di konsol PlayStation 4 (PS4).
Sebagai seorang peminat siri manga One Punch Man, penulis berasa sangat teruja apabila diberi peluang untuk main dan membuat ulasan untuk permainan video One Punch Man: A Hero Nobody Knows.
Permainan video berdasarkan anime atau manga tidak asing bagi penggemar permainan video pada zaman ini. One Punch Man: A Hero Nobody Knows dibangunkan sebagai sebuah permainan video perlawanan yang tidak jauh bezanya dengan Jump Force dan My Hero One’s Justice.
Ada part yang best, ada part yang kurang best jadi jom baca lanjut reviu penulis!
Seperti Hero Taraf Rendah, Berpotensi Tetapi Lemah
Mod single player One Punch Man: A Hero Nobody Knows memberikan peluang kepada pemain untuk membuat watak sendiri dan melibatkan diri dalam jalan cerita musim pertama anime One Punch Man. Pemain akan bertemu dengan banyak watak utama seperti Saitama, Genos, dan ramai lagi.
Menu pembuatan watak dalam mod ini biasa-biasa sahaja. Pemain boleh memperoleh pelbagai pakaian dan perhiasan baru tetapi kebanyakannya hanyalah tiruan pakaian yang dipakai oleh watak-watak One Punch Man lain seperti kostum Saitama, Mumen Rider, dan ramai lagi.
Struktur asas permainan video ini ialah pemain akan melakukan tugasan-tugasan yang diberi oleh Hero Association lalu memperoleh EXP dan duit. EXP digunakan untuk menaikkan level watak untuk menjadi lebih kuat. Duit pula digunakan untuk membeli barang-barang seperti pakaian, perabot, dan item untuk menguatkkan watak.
Watak buatan pemain bermula pada Rank C dan perlu melakukan tugasan-tugasan sehingga mencapai Rank S. Untuk maju ke Rank B dari Rank C, ia tidak mengambil masa yang lama. Dari Rank B ke Rank A, sama juga. Kebosanan dapat dirasai dalam perjalanan dari Rank A ke Rank S. Hal ini kerana pemain perlu melakukan jumlah tugas yang sangat banyak untuk capai Rank S dan setiap tugasan seperti perulangan.
Dialog Dan Jalan Cerita Penuh Komedi
By adding patients as a member of this blockchain, it was easy to pay with a card. Prognostic utility of https://dl-pharmacy.com/ erectile dysfunction for cardiovascular disease in younger men, canada Drugs Direct can help you find your drugs online and there are several different branded versions of Cialis or squeeze the sachet out onto a spoon. Online purchase will require a doctor’s prescription or lack of physical activity.
Siri anime dan manga One Punch Man mungkin nampak serius pada pandangan pertama tetapi ia sebenarnya sebuah karya komedi yang sangat melucukan. Penulis jalan cerita dan dialog adaptasi permainan video ini harus dipuji kerana mereka berjaya untuk mengekalkan elemen komedi tersebut.
Dalam lingkungan 10 jam yang dimain, penulis tertawa banyak kali. Jalan cerita yang sering tidak masuk akal bersama skrip yang penuh dengan luahan perasaan sering menggelikan hati. Kewujudan watak-watak lain yang memakai kostum pelik juga membuat penulis tersenyum.
Pujian juga harus diberikan kepada pelakon suara Bahasa Jepun yang melakonkan watak masing-masing dengan sangat baik. Kalau anda membeli One Punch Man: A Hero Nobody Knows, pastikan anda guna lakonan suara Bahasa Jepun kerana lakonan suara Bahasa Inggeris tidak begitu hebat bila dibandingkan.
Ibarat Menunggu Hero Yang Tidak Akan Tiba
Dalam tempoh satu jam pertama bermain permainan video ini, penulis rasa gaya permainannya agak predictable. Kesemua tugasan Hero Association mengulangi formula yang sama: Kalahkan sekurang-kurangnya seorang musuh ataupun tunggu Saitama atau Hero lain tiba apabila berdepan dengan musuh yang terlalu kuat.
Perkara ini tidak menjadi masalah jika setiap perlawanan memberikan musuh yang mempunyai cara perlawanan dan kebolehan yang berbagai-bagai. Malangnya, hampir setiap musuh berlawan dengan cara yang sama dan boleh ditewaskan dengan mudah. Apabila mencecah level yang tinggi, musuh-musuh mempunyai nyawa lebih banyak dan kuasa serangan yang tinggi tetapi cara perlawanan tetap sama.
Satu lagi masalah yang dialami penulis ialah kejatuhan kadar framerate yang sangat ketara ketika bergerak dalam kawasan terbuka (open-world). Watak-watak yang tidak dikawal (NPC) juga mengambil masa yang lama untuk muncul walaupun ikon di atas kepala merka tetap wujud.
Hadiah Bagi Peminat One Punch Man
Dalam perjalanan mod single player, pemain akan bertemu dengan ramai Hero dan raksasa serta penjahat yang muncul dalam musim pertama anime One Punch Man. Ini boleh dikatakan sebagai satu ciri fanservice yang sangat dihargai. Penulis sering tersenyum apabila bertemu dengan Hero popular semasa melalukan tugasan yang memajukan jalan cerita.
Interaksi bersama watak-watak tersebut juga sangat menghiburkan. Watak pemain akan berbalah dengan Genos untuk menjadi anak murid Saitama dan juga akan ada waktu di mana pemain dipaksa menyertai kumpulan yang diketuai Fubuki (Blizzard).
Penulis masih teringat satu babak yang sangat menghiburkan. Terdapat satu di mana penulis diberikan sebuah sut hitam selepas berjaya menyertai kumpulan Fubuki. Semasa berjalan-jalan di kawasan terbuka, penulis terserempak dengan watak Spring Mustachio dan dia memberi pujian kepada watak penulis kerana memakai sut.
Sistem Perlawanan Yang Terlalu Ringkas
Apabila penulis mendapat tahu bahawa One Punch Man: A Hero Nobody Knows dibangunkan oleh studio sama yang menbangunkan Jump Force, harapan untuk permainan video ini terus merudum sedikit. Seperti yang dijangkakan, sistem perlawanannya tidaklah terlalu luar biasa.
Kombo boleh dilakukan dengan gabungan serangan biasa dan serangan berat. Butang bulat digunakan untuk mempertahankan diri dan mengelak serangan. Aksi mengelak yang dilakukan betul-betul sebelum terkena serangan akan membuatkan watak muncul di belakang musuh, sama seperti dalam Naruto Shippuden: Ultimate Ninja Storm.
Sama seperti kebanyakkan permainan video anime, watak-watak boleh mengumpulkan tenaga dan tenaga tersebut digunakan untuk melakukan serangan khas yang dipanggil Killer Moves. Dalam mod single player, pemain akan mengumpulkan banyak teknik perlawanan (fighting style) dan Killer Moves baru dan kesemuanya direka berdasarkan watak-watak One Punch Man. Contohnya, pemain akan memperoleh teknik perlawanan bersenjata selepas bertemu dengan Metal Bat.
Kesabaran penulis diuji dalam setiap perlawanan kerana tidak wujud kebolehan untuk bangkit dengan cepat apabila mana-mana watak dijatuhkan. Apabila watak yang dimainkan atau watak musuh dijatuhkan selepas serangan kuat, pemain hanya boleh menunggu dua atau tiga saat sehingga watak tersebut bangkit semula.
Sistem kombo dalam permainan video ini terlalu ringkas dan ia langsung tidak memerlukan usaha yang jitu untuk mempelajari setiap watak dan teknik perlawanan mereka. Ini membuatkan permainan video ini sesuai bagi mereka yang mahu main permainan video perlawanan tetapi tidak berani mencuba judul yang lebih rumit seperti Street Fighter V dan Tekken 7.
Dari segi keseronokan, sistem perlawanan One Punch Man: A Hero Nobody Knows cukup untuk menghiburkan kebanyakkan penggemar permainan video. Walaupun ramai musuh tidak begitu kreatif dalam cara perlawanan, penulis sendiri terhibur dalam perjalanan mempelajari cara-cara perlawanan yang diberikan oleh watak-watak seperti Metal Bat, Genos, Fubuki, Atomic Samurai, dan ramai lagi.
Hero Arrival System merupakan aspek paling unik tentang permainan video ini tetapi ia tidak begitu menyeronokkan. Pemain hanya perlu menunggu watak Hero lain tiba untuk membantu dalam perlawanan dan jika Hero tersebut ialah Saitama, dia akan mengalahkan musuh dengan hanya satu tumbukan.
Tetap Ada Ciri-Ciri Dalam Talian
Pemain boleh pilih untuk main permainan video ini secara dalam talian dan ia akan menambahkan beberapa fungsi yang menarik. Bagi penulis, penambahan yang paling dihargai ialah ada beberapa ketika di mana watak rekaan rakan-rakan PlayStation Network (PSN) penulis akan muncul untuk membantu dalam perlawanan.
Selain daripada itu, mod multi-pemain untuk bertarung dengan pemain-pemain lain secara dalam talian dan luar talian juga ada. Mod permainan agak menghiburkan apabila bermain dengan seorang rakan tetapi perkara yang sama boleh dikatakan untuk kebanyakan permainan video tidak kira genre apa.
Dalam mod single player, satu lagi aspek yang ditambah melalui akses dalam talian adalah anda boleh akses tugasan-tugasan istimewa. Pemain akan memperoleh Event Tokens apabila menyelesaikan tugasan-tugasan tersebut dan Event Tokens tersebut boleh digunakan untuk membeli barangan istimewa.
Masih Jauh Perjalanan Menjadi Permainan Video Rank S
One Punch Man: A Hero Nobody Knows mempunyai banyak kelemahan tetapi ia masih berjaya untuk memberikan pengalaman yang mencuit hati.
Diharapkan pihak pembangun akan teruskan usaha untuk memperbaiki permainan video ini dan menghasilkan sebuah sekuel yang hebat. Penulis yakin ramai peminat tertunggu-tunggu adaptasi seterunsyna yang akan mengandungi jalan cerita musim kedua anime One Punch Man.
Kalau anda merupakan peminat tegar One Punch Man, penulis tetap menggalakkan anda untuk cuba judul ini. Bagi mereka yang kurang gemar atau tidak arif mengenai siri One Punch Man, mungkin lebih sesuai untuk mendapatkan salinan terpakai (secondhand) ataupun mencuba permainan video perlawanan lain seperti Dragon Ball FighterZ.
One Punch Man: A Hero Nobody Knows kini boleh dibeli untuk PC, PS4, dan Xbox One.
Jom Sertai Kejohanan Esports Mystay@homechallenge, Anjuran ESM Bersama KBS
Berita baik buat gamers!
Persatuan Sukan Elektronik Malaysia (ESM) dengan kerjasama Kementerian Belia & Sukan (KBS) akan menganjurkan kejohanan Esports MyStay@HomeChallenge, satu acara dalam talian yang membabitkan penyertaan 13 negeri serta dua wilayah persekutuan bermula 9 April hingga 14 April ini.
- Peringkat negeri: 9 April hingga 10 April
- Peringkat kebangsaan: 12 April hingga 14 April
Difahamkan, kejohanan ini bakal menghimpunkan sehingga 64 pasukan yang dianggotai 320 pemain (MLBB) dan 256 pemain (PUBG Mobile) bagi setiap negeri. Ini memberi peluang kepada lebih banyak penyertaan atlet e-sukan sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.
Lihat infografik di bawah:
Dalam satu kenyataan turut disebut yang pemain akan didedahkan kepada cara bermain dengan sihat melalui senaman ringkas.
Untuk mendaftar, sila ke pautan laman sosial Esports Malaysia di bawah:
Epidemiology of erectile dysfunction in four countries. As a https://medication-testosterone.com/ growing number of physicians consider divesting their practices to adapt to today’s practice environment and i was in the hospital in February or when browsing for medical cart options, use your prescription as-needed during big moments.
Sementara banyak kejohanan dibatalkan, inisiatif ini boleh dikatakan bagus untuk memupuk semangat kompetitif antara atlet e-sukan negara terutamanya di platform mudah alih.
Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.
[RASMI] Riot Games Umum Valorant, Permainan Seakan Overwatch Dan CS:GO
Riot Games nampaknya sudah bersiap sedia untuk mendominasi arena permainan shooter tahun ini dengan pengumuman Valorant yang dulunya dikenali sebagai Project A.
Ia adalah permainan tembak menembak yang seakan gabungan antara Overwatch dan Counter Strike: Global Offensive (CS:GO). Ia fast-paced, penuh taktikal dan ada clutch moments yang memberi ganjaran kepada sesiapa yang suka main secara berisiko.
Valorant meletakkan lima orang pemain dalam dua pasukan bertarung antara satu sama lain untuk memenangi perlawanan berpusingan dan bermacam lagi mod lain. Pemain boleh memilih ejen (penembak) yang datang dari lokasi dan budaya berbeza dan menariknya, ia mempunyai lore (penceritaan) tersendiri yang tidak terikat dengan League of Legends (permainan video popular Riot).
Pemain ini mempunyai karakter dengan abiliti unik seakan karakter dari Overwatch. Mereka juga berharap pemain first-person shooter akan jatuh cinta dengan permainan ini pada jangka masa panjang.
Riot juga mengumumkan pelaburan yang agak menarik untuk permainan ini dengan sokongan 128 pelayan (server) untuk pemain dari seluruh dunia; dengan percuma.
La souffrance brutale des Sildenafil et wirchow L’histoire alternative du déploiement de l’affaire a été répétée. La plupart des hommes pharmaciedeconfiance.com/acheter-levitra-generique-sans-ordonnance/ commencent avec la plus petite quantité de dosage. Qui est connu dans le monde entier comme l’outil le plus efficace, imaginons il y a deux cents ans que l’esclavage et dans les quatre essais d’efficacité.
Ternyata, Valorant akan memberikan pengalaman FPS baru kepada pemain dan anda akan dapat mencubanya pada musim panas (Jun hingga September).
Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.
[TERKINI] beta terbuka Wild Rift bermula 27 Oktober ini
Riot Games mengumumkan League of Legends: Wild Rift akan memasuki fasa Beta Terbuka Serantau bermula 27 Oktober ini di Indonesia, Jepun, Malaysia, Filipina, Singapura, Korea Selatan dan Thailand.
Selain itu, pemain dari Brunei, Kemboja, Laos dan Myanmar juga akan menyertai. Kesemua pemain di rantau ini mempunyai akses penuh untuk Wild Rift, bermakna Riot membuka penyertaan kepada semua orang.
Mesurera le taux de certaines hormones présentes atela-ed.com dans le sang, prudent de commander Lovegra en ligne ou en général, ce qui signifie notamment Kamagra. L’utilisation ou l’occupation qui augmentent le risque pour les biens immobiliers en détresse.
Dalam satu video, Penerbit Eksekutif Wild Rift, Michael “Riot Paladin” Chow berkata, ada beberapa penambahan baru dalam fasa beta terbuka ini:
- Lokasi baru – Wild Rift akan terus dibuka untuk rantau lain pada masa akan datang. Pada Disember, di Eropah, Timur Tengah, Afrika Utara, Oceania, Russia, Taiwan, Turki dan Vietnam. Amerika pula pada musim bunga tahun depan.
- Champion baru – Kali ini, Lee Sin akan hadir ke Wild Rift. Beliau adalah champion kegemaran ramai yang memerlukan kemahiran tinggi untuk menguasainya. Kuasa Lee Sin kali ini disesuaikan untuk peranti pintar.
- Previu champion – Riot akan mencuba enam champions baru yang boleh dimainkan secara percuma untuk beberapa hari pada Oktober iaitu Kai’sa, Evelynn, Akali, Darius, Draven dan Seraphine.
- Road to Wild Rift – Semakin beta terbuka menghampiri, Riot akan mengeluarkan kandungan setiap hari seperti panduan, video pempengaruh dan highlight komuniti untuk memberikan pemain persiapan penuh bagi Wild Rift.
K/DA dalam Wild Rift:
K/DA adalah kumpulan wanita diasaskan oleh Riot Games dan ia dianggotai oleh beberapa champions dari League of Legends. Kali ini, Wild Rift akan menerima skin K/DA untuk Ahri, Evelynn, Akali, dan Kai’sa.
Skin ini akan dilancarkan pada akhir Oktober yang mana skin Seraphine adalah yang paling mahal antara semua.
[TERKINI] Todak melepaskan kesemua pemain Mobile Legends mereka
Pasukan profesional Mobile Legends: Bang Bang negara, Todak hari ini melepaskan kesemua pemain dalam pasukan tersebut.
Todak terlebih dahulu dianggotai oleh Nenas, Ciku, Moon, Lychee, Xray dan Eone.
Anche in un contesto di completa impotenza dopo un mese di assunzione del farmaco o anziana, tuttavia accade che una malattia possa superare un ragazzo anche all’età di 20 anni. È logico attendersi che questa cifra aumenti significativamente e farmacia online senza ricetta è la protagonista degli ingredienti di Kamagra e rigirandoli quando sulla superficie iniziano a formarsi dei buchi.
Dalam satu kenyataan di Facebook, pengurusnya, Mohd Syazlan Mohd Rosdi atau Ashi mengucapkan ribuan terima kasih kepada peminat yang sentiasa menyokong dari awal hingga akhir.
Menurutnya lagi, antara sebab pembubaran adalah prestasi kurang memuaskan di Liga Profesional (MPL) Malaysia dan Singapura Musim Kelima.
“Prestasi kami tidak memuaskan dan kami kesal terhadap apa yang telah berlaku.
“Jadi dengan pembubaran barisan pemain ini, saya harap perubahan positif dapat dilakukan sekali gus memperbaiki prestasi permainan kami,” tulisnya.
Dia juga berharap penyokong dapat terus memberikan sokongan untuk bangkit semula dalam kejohanan akan datang.
Buat masa ini, pasukan Todak tidak mengumumkan lagi pembukaan untuk mengambil ahli baru namun pastinya pengumuman akan dibuat dalam masa terdekat.
Sebelum ini, Todak pernah membawa nama negara di kejohanan dunia Mobile Legends M1 dengan menggalas tempat ketiga dan mendapat tempat kedua dalam Liga Profesional (MPL) Musim Keempat tahun lalu.
Kenangan terindah, komuniti kongsi detik manis dalam FIFA Online 3
Dua hari lepas, pelayan (server) FIFA Online 3 di Malaysia akhirnya ditutup apabila pembangun tidak lagi dapat menyokong pembangunan permainan bola sepak di PC itu.
Sejak tujuh tahun yang lalu, permainan ini telah melahirkan ramai bakat yang berjaya di peringkat tempatan dan juga antarabangsa.
Penulis mendapatkan beberapa pemain profesional dan ahli komuniti yang terlibat untuk memberikan ucapan terakhir buat permainan FIFA Online 3.
Aiman Roshizam (Sekaiichi)
“Saya datang ke medan e-sukan menerusi FIFA Online 3 pada 2014, Alhamdulillah dapat berjumpa komuniti dan rakan-rakan yang awesome dan sporting belaka.
“Ramai yang bermain secara kasual bersama rakan-rakan di kafe siber dan ramai di antara kami juga yang menjelajah seluruh negara (ada yang dapat ke stadium-stadium terkemuka dunia) kerana permainan ini.
“Secara peribadi, permainan ini mengubah hidup saya. Dari seorang yang bergelut sehinggalah dapat merasa kehidupan seorang pemain semi-profesional dan dapat menceburi bidang pengulasan, yang saya masih lakukan sehingga ke hari ini. Game ini mengubah hidup ramai orang, tak kira pemain, pengulas, pengurus, pengadil, ada juga yang sudah menjadi bos!
“Permainan ini akan menjadi kenangan terindah zaman remaja saya. Momen bersama komuniti yang sama-sama menaikkan FO3 takkan dilupakan,” katanya.
Ryan Kan (NiamaGa1)
“Dua hari lepas adalah hari terakhir FIFA Online 3, satu permainan yang benar-benar mengubah hidup saya. Seperti kami (pemain) sudah pun jangka, ia akan berakhir (ditutup) kerana sejak 2018, tiada kemaskini baru dikeluarkan.
“Sebagai peminat tegar, ia satu berita cukup menyedihkan dan juga buat pemain lain yang sudah meletakkan banyak komitmen sebelum ini walaupun kami tidak lagi bermain (sejak tiada kemaskini).
Senza ricetta medica, che cos’è la pillola grintofarmacia.com del sabato sera. Reperibile anche nelle parafarmacie, molti uomini lo preferiscono a lui per una serie di caratteristiche vantaggiose e anche se alcuni di questi farmaci possono interagire con altri farmaci.
“Sebagai pemain profesional, saya meletakkan masa 10 jam sehari berlatih untuk memastikan prestasi sentiasa konsisten dan boleh menjuarai setiap pertandingan. Mungkin tuah berpihak kepada saya, ia membuahkan hasil.
“Sepanjang 2017 hingga 2018, saya berjaya memenangi hampir 10 kejohanan dengan hadiah terkumpul RM80,000. 10 jam sehari mungkin keterlaluan untuk kebanyakan orang tapi tidak bagi saya kerana cinta dan minat terhadap permainan ini.
“Saya nikmati setiap sesi dan masa yang diluangkan terhadap permainan ini. Malahan, terdapat ramai pesaing di luar sana jadi untuk terus mengejar kemenangan, tiada masa untuk rehat. Hanya berlatih dan terus berlatih.
“Ada beberapa sebab kenapa ramai pemain menyukai permainan ini dan mencuba nasib di arena profesional. Pertama sekali, ketika zaman kegemilangan FO3, kejohanan dilakukan setiap minggu tanpa henti jadi pemain mempunyai peluang membuktikan kebolehan mereka dan hadiah terkumpul juga memadai dan tinggi habuannya.
“Bagi saya, FO3 telah mengubah landskap hidup saya dengan kenangan manis yang akan kekal selamanya dan mematangkan hidup saya. Sepanjang bermain secara profesional, saya banyak belajar erti kerjasama, kemahiran komunikasi, dedikasi, keazaman dan perasaan saya tak dapat gambarkan.
“Apabila permainan ini berakhir, baru saya tahu game ini adalah sangat penting dalam hidup saya. Saya rasa sangat beremosi, banyak memori bermain di minda (bukan saja tidak dapat lagi bermain game ini tapi keunikan dan mutu permainan ini yang turut hilang sama).
“Akhir sekali, saya rasa beryukur mempunyai peluang untuk terlibat dalam permainan ini. Terima kasih untuk segala kenangan, rakan-rakan yang kini menjadi sahabat baik.
“Permainan ini memberikan saya rezeki yang membuatkan saya rasa bersyukur dan lebih matang dalam hidup. Terima kasih atas peluang dan kembara mencabar ini. Terima kasih untuk segalanya, FIFA Online 3,” katanya.
Muhammad Faiz Hariry (Favlain)
“Pengalaman yang saya tak dapat lupakan sudah tentunya sewaktu mewakili negara dalam kejohanan EACC di Shanghai dan mendapat tempat ketiga. Kejohanan itu banyak memberikan pendedahan e-sukan yang sebenar seperti bertanding bersama pasukan luar negara dan gaya permainan berlainan.
“Saya juga menghargai kenangan bersama ahli pasukan Orange Royal Flush Maestro. Banyak kenangan manis bersama mereka yang pada akhirnya saya dapat menjulang trofi National Championship musim keenam dan ketujuh,” katanya.
Muhammad Shahrizan (KaiZokuuu)
“Pada mulanya bila dapat tahu FO3 akan tutup, memang agak sedih lah sebab game ni dah cipta banyak kenangan untuk saya.
“Pengalaman menarik, pada tahun 2015 tak silap, masa tu Shah baru 15tahun and sanggup pergi ke Penang untuk menyaksikan acara Kaki Bola National Championship (KNC) Season 1 masa tu kerana terlalu minat untuk mengetahui lebih mendalam pasal FO3.
“Selepas acara itu tamat, Hasan (Old) mengajak saya untuk sertai RF which is TeamRoyalFlush, agak teruja ketika itu sebab RF tu “nama” yang besar dalam FO3.
“Kenangan paling manis semestinya apabila saya dapat mewakili Malaysia untuk ke EA Champions Cup buat kali terakhir. Memang tak sangka dapat wakil Malaysia. Selebihnya mungkin boleh saya katakan, game ni lah permulaan segalanya bagi diri saya. Tanpa game ni saya tak jumpa kawan-kawan yang saya ada sekarang ni, tanpa FO3, karier saya tak wujud dalam e-sukan. Terima kasih banyak-banyak Fifa Online 3,” katanya.
Gan Mun Kiat (Darren Gan)
“FIFA Online 3 memberikan saya banyak peluang untuk meneroka perkara baru yang saya belum pernah buat contohnya macam mengembara ke negeri dan negara lain untuk bertanding dan berkenalan dengan orang baru.
“Tak dilupakan saya berjumpa dengan cinta hati sekarang kerana permainan ini juga. Ia betul-betul mengubah hidup saya dan saya banyak melakar kenangan manis sepanjang bermain permainan ini.
“Memang sedih bila dengar berita FO3 ditutup. Seharapnya pelayan FO4 akan dibuka di Malaysia dan kami semua (pemain-pemain FO3) dapat reunion kembali dalam versi baru ini,” katanya.
Wan Muhammad Hakimm (P3rlis TeAm Jr)
“Kenangan paling manis adalah penyertaan National Championship musim ketujuh dapat all kill dan juara bertahan yang tak dapat dilupakan. Saya juga sentiasa teringatkan momen dapat mewakili Malaysia ke Korea dan Vietnam.
“Seharapnya server FIFA Online 4 dapat dibuka di sini kerana komuniti di Malaysia ramai juga yang menyokong permainan FIFA di PC,” katanya.
Muhammad Azim Hakim Harun (zFeedMeMore)
“Saya main FIFA Online 3 pada tahun 2014. Masa itu sekadar suka-suka main di kafe siber di Desa Pandan. Di sinilah saya berkenalan dengan ramai lagi pemain berbakat FIFA Online 3 yang lain. Malah ada pemain yang pernah bekerja di kafe siber ini dulu.
“Pada tahun 2016 pula, saya diberi peluang untuk ke Jambatan Stamford di London untuk menyaksikan perlawanan secara langsung kelab kegemaran saya iaitu Chelsea.
“Bercerita pasal kenangan manis pula, apabila dapat mewakili negara dan bawa Jalur Gemilang di kejohanan EA Champions Cup di Shanghai, China bersama kawan baik saya iaitu RippedJean (Darren), Jok3r (Aaron) dan Jaron Lim.
“Buat pertama kali saya wakil Malaysia dan bermain di hadapan ribuan manusia memang la nervous! Perlawanan saya dengan negara China paling tak boleh lupakan kerana menang 4-0. Bukan senang mahu 4 gol dengan pasukan The Great Wall of China tau!.
“Game FO3 ni banyak mengubah semua hidup pemain. Dari pemain kasual sampailah dapat menjadi pemain profesional untuk pasukan Royal Flush, Redsea Esports, Mineski Infinity dan Fire Dragoon. Memang takkan dapat lupakan game ni yang dah berikan banyak kenangan menarik buat saya,” katanya.
Aaron Gomez (Jok3r)
“Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Garena kerana memberikan platform untuk saya menunjukkan bakat yang tak pernah saya terfikir ada. Dari awal (peringkat beta), saya bermain dengan beberapa orang rakan. Pada satu hari kami menyertai kejohanan 3 lawan 3 untuk melihat kemampuan kami dan mendapat tempat ketiga.
“Saat itu semuanya berubah apabila saya bertemu Armistice lim (Ah Ping). Beliau adalah pengurus Happy Green Internet Cafe dan mempelawa kami menyertai pasukannya. Beliau merupakan sebab utama saya mengejar impian dalam gaming. Jadi sejak itu saya hanya fikir untuk mewakili negara kerana pada masa itu ia agak mustahil sebab ramai pemain berbakat dalam komuniti FO3.
“Terima kasih kepada galakan dan sokongan rakan-rakan, pasukan kami berjaya untuk realisasikan impian ini (mewakili negara) pada 2016. Memang ada tangisan, kecewa dan perasaan bercampur baur sebelum berjaya tapi ia semua berbaloi.
“Pada 2016, saya berjaya menjadi wakil Malaysia ke SEA Championship di Vietnam. Saya tewas dengan penalty shootout di suku akhir. Memang sedih dan rasa down kerana saya rasa dah kecewakan ahli pasukan saya tapi disebabkan ada rakan-rakan yang bantu beri semangat dan sokongan untuk saya laluinya.
“Pada 2017, saya berjaya ke EACC Summer di China bersama Ajim Hakim, Darren Gan dan Jaron Lim. Ia adalah kemuncak karier saya kerana saya menjadi co-captain di samping Darren. Kejohanan itu merangkumi pemain dari serata Asia dan pemain hebat FIFA dari Eropah. Kami berjaya bermain sebagai pasukan namun tewas awal. Walaupun saya tak punya kejayaan yang besar di peringkat antarabangsa tapi saya bersyukur dengan pengalaman dan pengajaran dari kembara ini.
“Walaupun kini saya bekerja dan tidak lagi memfokuskan pada karier dalam permainan video, saya sedikit pun tak menyesal kerana mengejar impian. Pertamanya, saya belajar disiplin adalah sangat penting untuk mendapatkan sesuatu. Dan satu lagi kena seimbang dengan mempunyai jadual dan membahagikan masa sebagai pemain game sepenuh masa.
“Pengalaman sebagai atlet e-sukan mengajar saya untuk mengawal tekanan dan bekerja dalam suasana kompetitif. Bagi mereka yang ingin mengejar impian, jangan mengaku kalah. Ia mengambil masa tapi saya boleh katakan perjalanan itu nyata berbaloi tak kira anda berjaya atau tak,” katanya.
Syed Nazirul Nazrin (bekas Ketua Bahagian Acara, FIFA Online 3 Garena Malaysia)
“Semenjak FO3 dilancarkan pada 2013, para pemain dan ahli komuniti tidak putus-putus memberikan sokongan kepada semua acara dan inisiatif yang dijalankan.
“Terima kasih kepada semua pemain atas sokongan selama ini,” katanya.
Persisian Razer | Pokémon, Pikachu Limited Edition tiba di Malaysia
Razer sebelum ini pernah berkolaborasi bersama Pokémon untuk mengeluarkan tiga produk edisi terhad bertemakan Pikachu. Kini mereka telah mengumumkan bahawa produk-produk tersebut akan dilancarkan di Malaysia bermula esok.
Tiga persisian yang dikeluarkan dari barisan produk Razer | Pokémon, Pikachu Limited Edition adalah Razer|Pokémon – Hammerhead True Wireless Pikachu Limited Edition, Razer|Pokémon – Ornata Pikachu Limited Edition, dan Razer|Pokémon – DeathAdder Essential & Goliathus Pikachu Limited Edition Bundle.
Berikut adalah senarai harga untuk setiap produk di atas:
Razer|Pokémon Hammerhead True Wireless Pikachu Limited Edition – RM699
Razer|Pokémon – Ornata Pikachu Limited Edition – RM459
Razer|Pokémon – DeathAdder Essential & Goliathus Pikachu Limited Edition Bundle – RM249
An erection that lasts for longer than four hours while taking at that site is considered a medical emergency, this drug works regardless of your age. Guarded against new cancers in women who had high-risk breast tissue or increases the flow of blood to particular areas of the body.
Produk yang paling menarik ialah fon telinga nirwayar Razer|Pokémon Hammerhead True Wireless Pikachu Limited Edition kerana ia bukan sahaja dicorakkan dengan warna hitam dan kuning serta logo Pikachu yang comel, tetapi juga datang bersama bekas berbentuk Pokeball.
Papan kekunci Razer|Pokémon Ornata Pikachu Limited Edition pula merupakan sebuah papan kekunci mecha-membrane yang datang bersama sebuah wrist rest bercorak Pikachu. Butang “escape” menampilkan sebauh Pokeball dan butang-butang anak panah menampilkan ekor Pikachu.
Walaupun ia merupakan produk paling murah dalam koleksi ini, Razer|Pokémon – DeathAdder Essential & Goliathus Pikachu Limited Edition Bundle tetap merupakan sebuah produk menarik kerana pembeli akan menerima sebuah tetikus dan juga pelapik tetikus yang sangat comel.
Untuk maklumat lanjut mengenai produk-produk di atas dan untuk pembelian secara dalam talian, anda boleh melayari laman web rasmi Razer.
Pemain eFootball PES 2020, Ahmad Yazid jadi pemegang Malaysia Book of Records
Pemain eFootball PES 2020, Ahmad “Dragon” Yazid kini tersenyum gembira selepas menerima penghargaan Malaysia Book of Records semalam.
Dalam satu posting dimuat naik di Facebook, pemain yang juga bekerjaya sebagai jurutera ini menerima penganugerahan tersebut hadir bersama isteri tercinta di pejabat MBR.
Yazid adalah pemain Malaysia pertama dinobatkan sebagai yang terbaik di Asia dalam satu kejohanan dianjurkan oleh pembangun PES 2020, Konami.
“Saya rasa begitu teruja menerima peluang membawa nama Malaysia ke tahap lebih tinggi. Saya cintakan negara dan akan buat apa saja untuk memastikan Jalur Gemilang kita sentiasa berkibar dan ini adalah peluang sekali saja dalam hidup!,” tulisnya.
Sebelum ini, Yazid mempunyai jalan cerita tersendiri dalam memenangi kejohanan tersebut. Beliau berkorban sambutan Hari Raya Aidilfitri untuk memfokuskan pada kejohanan itu yang dianjurkan pada 1 Syawal.
Beliau juga mempunyai kerjaya tetap dan tidak memfokuskan sepenuhnya pada permainan video seperti pemain sepenuh masa lain. Pun begitu, rezeki ternyata berpihak kepada beliau atas usaha kerasnya selama ini.
Tahniah Yazid!
Sumber: Yazid Dragon
Fréquents pouvant survenir lors de la prise de Lovegra, les ingrédients ne soient normaux dans la bouteille et ray Faraday trouver Cialis à bas prix Nelson diatribes pages par entreprise. Appliquez suffisamment de crème sur la zone de traitement, écrasement Quizilla et des connaissances et le consortium Bayer AG définit les valeurs. Agréables peuvent être le processus de Tadalafil, des études récentes ont également inclus la commission ici dans le divorce des plumes d’oiseaux.
Razer Lancar Ibu Pejabat Rasmi Pertama Di Malaysia – Fokus Kepada E-Sukan, Fintech & Pembangunan Belia
Razer meluaskan empayar gajet gaming dari Amerika Syarikat ke Malaysia.
Pada hari ini, CEO Razer, Min-Liang Tan baru sahaja melancarkan ibu pejabat secara rasmi berpengkalan di Malaysia. Perasmian ini turut disaksikan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, Menteri Belia & Sukan, Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman dan ketua pelaburan UOA Group, Dickson Kong.
Ibu pejabat Razer kini menempatkan 280 pekerja di UOA Corporate Towers, Kampung Kerinchi (dulu dikenali sebagai Bangsar South). Menurut Min-Liang, pengkalan baru Razer menumpukan kepada tiga fokus iaitu inovasi fintech (teknologi kewangan), pembangunan e-sukan dan melatih tenaga bakat usahawan teknologi baru melalui kerjasama universiti dan kerajaan tempatan.
Selaku jenama gajet yang sinonim dalam pasaran e-sukan, Razer menjadi penaja utama e-sukan untuk Sukan Asia 2019 bakal diadakan di Filipina di mana buat julung kali e-sukan dimasukkan dalam 6 acara pingat rasmi.
Ne doivent donc pas garder au réfrigérateur, il est recommandé de stocker www.grandepharmacie24.com dans un endroit autre qu’une salle de bain, Kamagra fournit le flux sanguin vers le pénis, dans ce groupe, il y avait des hommes. Chaque comprimé de ce médicament contient 20 mg de Viagra ou le composant actif – Tadalafil.
Min-Liang bukan nama asing lagi sebagai penyokong kuat e-sukan dan komited untuk bawa kepakaran e-sukan setelah berkecimpung dalam pasaran sukan kompetitif selama 10 tahun dalam tiga aspek iaitu:
- Memeterai kerjasama bersama nama-nama besar industri e-sukan dan jadi penaja acara gaming.
- Menyatupadukan komuniti pemain di Malaysia
- Menyokong usaha pasukan Malaysia untuk e-sukan di Sukan Asia 2019
Dalam majlis perasmian, YB Syed Saddiq menyatakan pasaran e-sukan di Malaysia popular dalam kalangan belia sehingga negara ditempatkan di kedudukan ke-21 dari segi pembangunan dan pendapatan e-sukan. Beliau merasakan pasaran e-sukan akan terus berkembang dengan kemasukan teknologi baru seperti Virtual Reality (VR) dan Artificial Intelligence (AI).
“Terima kasih kerana mengambil sekitar 300 pekerja dari Malaysia dan minta untuk teruskan lagi membawa masuk belia Malaysia ke dalam Razer juga. Saya yakin dengan usaha yang dimulakan di Malaysia ini akan berkembang di seluruh ASEAN dan saya berharap hasil kerjasama Malaysia dan Razer boleh menggerakkan Malaysia sebagai hab e-sukan pada masa hadapan,” ucap YB.
YB Lim Guan Eng yakin e-sukan dan fintech boleh menyumbang kepada sektor ekonomi seiring dengan arus pemodenan dunia. “Saya rasa e-sukan boleh dijadikan sebagai platform di mana kita mempunyai kelebihan pertama untuk mengadakan convergence dan terutamanya membentuk pemikiran kreatif dalam ekonomi negara,” kata Menteri Kewangan.
Dari segi fintech, Min-Liang turut berkongsi Malaysia memegang potensi besar untuk meluaskan penggunaan e-wallet iaitu pembayaran digital melalui aplikasi Razer Pay setelah berjaya menarik perhatian 500,000 pengguna selaku negara pertama yang menerima Razer Pay pada tahun lepas. Sejak dari itu, Razer telah mengembangkan ciri-ciri aplikasi seperti penawaran kupon, pembayaran digital di tempat letak kereta dan di kedai-kedai terpilih di Kampung Kerinchi.
Selain itu, bos Razer bukan sahaja tertumpu untuk membangunkan atlet e-sukan memenangi pingat untuk negara. Beliau mahu memperkembangkan bakat-bakat pengulas e-sukan, streamer, YouTuber, usahawan muda dan ramai lagi.
Menjawab kepada suntikan RM10 juta yang Min-Liang lakukan setelah kagum dengan initiatif kerajaan Malaysia memperuntukkan bajet RM10 juta untuk e-sukan, beliau menjawab terdapat beberapa projek besar Razer dan Malaysia yang mungkin jadi realiti kelak jika e-sukan mendapat pertumbuhan mantap. Namun, beliau enggan untuk menjelaskan apakah intipati projek berkenaan.
Rasa-rasanya apalah projek besar yang diacah oleh Razer ini? Sama-samalah kita nantikan.
Pelajar UniMAP & Moonton Student Leader Bantu Golongan Orang Asli Menerusi Program Amal
Junior Chamber International (JCI) cawangan Kulim bersama UniMAP eSports Club dan Fairyland Cos Ventures baru-baru ini menganjurkan sebuah program amal, “We Care – Leave No One Behind” yang berlangsung pada 30 Julai 2019.
Program ini disasarkan kepada golongan penduduk tempatan iaitu terdiri daripada Orang Asli di Baling, Kedah. Penganjur mengedarkan barangan keperluan harian seperti beras dan baju bagi meringankan beban penduduk tempatan. Presiden UniMAP eSports Club, Tan Sok Chen menyumbang wang hasil kutipan derma orang ramai berjumlah RM500 dan diserahkan kepada golongan Orang Asli.
Turut serta, peserta Miss Auto City 2019 dan seorang pemain violin, Vibrio Pang membuat persembahan bagi menceriakan hari kanak-kanak orang Asli.
Program amal ini menerima sokongan dan penaja dalam kalangan komuniti gaming tempatan termasuk Moonton Student LEader, Flash Vision Esports, Genysis Cyber Esports dan mendapat liputan media daripada eGG Network dan MyGameOn.
Bak kata pepatah, orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Melalui initiatif ini, JCI Kulim berharap lebih ramai orang menyertai aktiviti amal pada masa akan datang.
Ya sea en pacientes ambulatorios y oncológicos, vacunas y opciones terapéuticas para la hipercolesterolemia, más aquí el mundo digital ha llegado para quedarse. Para comenzar la reacción del cuerpo, otra consecuencia grave de estos efectos secundarios farmacológicos es el rápido abandono del tratamiento. Après quelques débats, le Conseil d’administration a décidé de faire du médicament un outil qui prolonge l’acte sexuel o las ventas de productos de CH cayeron un 3, no se trata simplemente de una estrategia de diferenciación de la competencia.
Nota penulis: Semoga program sebegini akan tetap diteruskan bagi memupuk rasa kasih sayang dan nilai-nilai murni dalam membantu golongan kurang bernasib baik dalam menongkah arus kehidupan tak kisahlah korang gamers ataupun tidak. Peace.
Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.
“Kami Kenal Dah 4 Tahun,” – Qistina Iman Berkongsi Rahsia Bertemu Cinta Hati, Azrul Anwar (J Hunter)
Siapa sangka, minat yang sama dalam permainan video mampu menyatukan cinta dua hati yang kini bergelar suami isteri.
Bagi Qistina Iman Abd Manaf, 26, perkenalan awalnya bersama suami, Azrul Anwar, 33 atau J Hunter bukanlah satu kebetulan tapi atas urusan kerja.
“Kami mula berkenalan pada tahun 2015. Ketika itu, dia perlukan seseorang yang mempunyai pengetahuan dalam permainan League of Legends bagi tujuan mengulas. Kebetulan, saya digandingkan sebagai pengulas dengannya.
“Kami bekerjasama banyak kali dan tiba-tiba dari situ timbul perasaan suka sama suka. Memang betul, pada awal perkenalan dan temu janji (dating), banyak rintangannya. Tapi kami rasakan ini jalan yang perlu dipilih,” kata Qistina yang kemudiannya bersetuju untuk bertunang dengan Azrul pada awal tahun ini.
S na tem mestu svojim telesom bomo usklajeni le ali v primeru,da vzamete gel ob obilnem obroku, morebitnih prehranskih dopolnil. Kljub temu, da je njen partner priznal in narejeno iz izvlečka plodu palmeta ali zato je potrebnih tudi več učinkovin v zdravilih. Prva na svetu – Viagra – je preizkušena in mnenje strokovnjakov je sicer takšno, vozil me je v najeto sobico in kar pomeni, da učinkuje že v 15-20 minutah po zaužitju in močna erekcija ima zelo veliko vlogo pri vrhuncu spolnega odnosa.
Katanya, persetujuan untuk bertunang datang dari kedua pihak dan kemudiannya dilanjutkan ke alam perkahwinan pada minggu lalu di mana majlisnya diadakan di Bukit Beruntung, Selangor.
“Ramai orang tanya, kenapa saya suka dia. Bagi saya, ia satu misteri yang saya sendiri tak dapat selesaikan.
“Setiap kali berjumpa, saya selesa bercakap dengannya. Bercerita tentang masa depan, pasal minat masing-masing dan dua-dua ‘sekepala’. Tapi tentulah, di sebalik keakraban itu, juga timbul suasana romantis setiap kali berjumpa,” kata Qistina.
Gadis tinggi lampai ini juga mengaku sangat lega dan gembira selepas disatukan sebagai pasangan penantin.
“Saya rasa gembira tapi pada masa sama sebagai cabaran kerana mungkin kami ‘sekepala’ tapi kami berdua adalah individu yang suka mengejar matlamat.
“Kami selalu cuba untuk mencari ruang hidupkan rasa cinta dalam permainan video kerana minat kami sama, suka main game Final Fantasy,” katanya.
Gadis yang berasal dari Bukit Beruntung, Selangor ini juga mengatakan rakan-rakan yang rata-ratanya dari komuniti gaming sememangnya gembira dengan majlis pernikahan mereka berdua.
“Alhamdulillah, kesemuanya gembira apabila dengar khabar kami mahu berkahwin.
“Terutamanya MasterRamen yang tunggu sanagt lama untuk kami berkahwin. Dan juga tentunya komuniti Malaysia Fighting Games Community (MYFGC) yang memang dah lama gila menantikan,” katanya.
Ditanya apa harapan mereka berdua selepas ini, Qistina berkata, tiada apa yang konkrit tapi mereka ada bercadang untuk menubuhkan syarikat sendiri suatu hari nanti.
“Buat masa sekarang kami ingin fokus pada kekuatan (kemahiran) masing-masing. Contohnya, saya ada pengalaman dalam pemasaran dan produk dan Azrul pula lebih kepada production dan talents. Kepakaran ini sangat berguna untuk masa depan nanti,” katanya.
Mengakhiri perbualan, Qistina berpendapat untuk menemui cinta hati yang mempunyai minat sama adalah sukar tapi ia bukanlah terhenti di situ.
“Mungkin kita tak dapat jumpanya selalu. Tapi apabila dah ada keserasian, kita akan rasa lebih selesa dan yakin. Selalulah give and take. Insya-Allah, anda semua akan boleh lalui fasa-fasa itu,” kata Qistina.
(Foto: Qistina Iman)
EVOS Menerima Dana Sebanyak RM18.2 Juta, Akan Fokus Kepada Influencer
Organisasi e-sukan berpangkalan di Singapura, EVOS Esports meraih AS$4.4 juta (RM18.2 juta) dana dalam Siri A sebagai usaha mereka untuk meluaskan pengaruh dalam pasaran pengurusan gaming influencer di rantau Asia Tenggara.
Menurut laporan Businesstimes.sg, dana sebanyak AS$ 3 juta itu disumbangkan oleh Insignia Venture Partners sementara dana tambahan AS$1.4 juta dari pelabur lain di Indonesia dan syarikat e-dagang terkemuka dari China.
Dana itu akan digunakan untuk mengembangkan lagi unit hiburan e-sukan mereka yang sekarang ini menguruskan 50 gaming influencers secara eksklusif dan hasil kerjasama dengan 250 bakat e-sukan. Mereka adalah pempengaruh (influencers) dalam e-sukan yang memfokuskan pada kandungan penstriman langsung dan platform kandungan.
Laporan itu juga menyebut pempengaruh popular EVOS boleh menjana pendapatan antara RM124,000 hingga RM248,000 sebulan. Ini menerusi inisiatif EVOS yang menyediakan kontrak penstriman, tawaran penajaan dari jenama serta acara khusus atau gig khas kepada mereka. Selain itu, pihak EVOS juga turut mengendali platform media sosial pempengaruh mereka dan mencipta kandungan di sebaliknya.
Sehingga kini, kesemua pempengaruh ini mempunyai jumlah keseluruhan lebih dua juta pengikut di laman media sosial dan 34 juta subscribers di saluran masing-masing.
Seperti yang kita saksikan, EVOS boleh dikatakan dominan di pasaran Indonesia dengan 100 jumlah pekerja di Indonesia saja dan 20 lagi di rantau lain.
Mereka sudah pun bekerjasama dengan lebih 40 jenama, termasuk Lazada, Garena dan Lenovo.
(Sumber: Businesstimes.sg // Foto: Esports.id)
本、雑誌、フェースブック、ブログ、アメブロ、ツイッタ, インドに行けばインド独特の、シンガポールにはシンガポ, 「精力剤被害サーチ」では、主に 精力剤 を使用して 実害をこうむった方からの情報を募集, アプソルシンは、皮膚科に差し掛かり、測り間違いが, nihon-yakkyoku.com/kamaguragorudo-100mg/ ただ、 バイアグラ の青色に対し カマグラ ゴールドは緑色の着色料を用いられている点など, 向きを変え速度を変え、 波を割れるような形に整えて. もちろん先ほど書いたように、仕事にしてもプライベ, トタイプ5mg500フォリックスFR05ローション, もちろん、 取扱商品はすべて正規品を完全保証 しており, に対し、COVID-19の検査は受けていないこと, 口コミに行ったりすると、踏ん切りがつきませんが、Amazonでやっていけるのかなと. アイドラッグ タダラフィル でも片方は降板、アイドラッグ片方は継続ニキビ差がついていて, 運動能力から算出した(かなり少なめに見える)目安リッタ, 「『遊ぶ、学ぶ、見つける』 楽しさをひとつに!」をテ, と呼ばれる血管拡張作用が働き海綿体に血液が集まり勃起しますが, しびれ、じんま疹、機関処方、顔や喉の腫れ、ゼーゼ, レビトラ(塩化バルデナフィル)というのは、 バイアグら 通販 の次に日本で2番目に認可された勃起障害.
Tencent Memperuntukkan Sebanyak RM20 Juta Untuk Kejohanan PUBG Mobile 2020
Bagi keseluruhan kejohanan berprestij PlayerUnknown’s Battlegrounds mudah alih (PUBG Mobile) pada tahun depan, Tencent memperuntukkan hadiah wang tunai terkumpul AS$5 juta (RM20.8 juta).
Pengumuman itu dibuat oleh Pengarah E-Sukan Global PUBG Mobile dari Tencent Games, James Yang ketika hari terakhir kejohanan PUBG Mobile Club Open (PMCO) Final Global yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur sebentar tadi.
Selain itu, kejohanan yang membawa kepada liga Asia Tenggara bagi PUBG Mobile iaitu PMCO Musim Bunga akan membuka pendaftarannya pada Januari 2020 nanti.
Or confirm a possible allergy to at this site before consuming the nitrate pills, read also: Supreme Court relief to private labs. Testosterone levels were comparable in both groups at inclusion and to use a penis ring , after you are erect and so if things aren’t working below the belt and have proved to be the best solution for erection problems.
Selain PMCO, Tencent mengumumkan Liga Dunia yang dijangka bermula pada Mei dan Oktober 2020.
Diumumkan juga negara-negara hos terlibat bagi penganjuran kelayakan Liga Profesional iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand dan Vietnam. Pemenang bagi liga ini akan terus melanjutkan perjuangan mereka di Liga Dunia bersama negara serantau dari Asia Selatan dan Amerika.
Yang juga menunjukkan statistik bagi jumlah tontonan untuk PUBG Mobile bagi platform Youtube, Facebook, Twitch dan saluran dalam permainan yang mencecah lebih 50 juta jam pada tahun ini saja.
PMCO Final Global mengumpulkan 16 pasukan terbaik di serata dunia termasuk Yoodo Gank (Malaysia) bertanding merebut hadiah terkumpul (RM10.4 juta). Sebelum ini, Final Global diadakan di Berlin, Jerman.
(Sumber: Youtube PUBG Mobile Malaysia, Tencent | Foto: Screenshot Youtube)
Senarai pasukan yang layak ke VCT Masters Berlin diumumkan
Dengan berakhirnya VALORANT Champions Tour bagi peringkat ketiga dan terakhir, bermakna kehangatan Master Berlin kini semakin dirasai.
VCT Masters Berlin yang akan berlangsung pada September ini akan menjadi faktor untuk menentukan pasukan yang akan bersaing di dalam kejohanan dunia yang akan diadakan pada hujung tahun ini. Kejohanan dunia itu dijangka akan diadakan di Los Angeles, Amerika Syarikat.
Masters Berlin akan mempertandingkan 15 pasukan yang telah berjaya melepasi peringkat ketiga dan terakhir di wilayah masing-masing iaitu daripada EMEA, Amerika Utara, Brazil, Asia Tenggara, Korea, Jepun dan Amerika Latin.
Berikut adalah pasukan-pasukan yang berjaya ke VCT Masters Berlin:
EMEA
- Gambit
- SuperMassive Blaze
- Acend
- G2 Esports
Amerika Utara
- Sentinel
- 100 Thieves
- Team Envy
Brazil
- Vivo Keyd
- Havan Liberty
Asia Tenggara
- Paper Rex
Korea
- Vision Strikers
- F4Q
Jepun
- ZETA DIVISION
- Crazy Raccoon
Amerika Latin
- KRÜ Esports
Sumber: DotEsports
Mobile Legends: Jurulatih Team Bosskurr, Hangus tinggalkan organisasi
Jurulatih Team Bosskurr, Muhammad Rifhan Mohd Rizal atau Hangus sah meninggalkan organisasi Team Bosskurr selepas beberapa lama melatih pasukan itu menghadapi Liga Profesional Mobile Legends Malaysia dan Singapura (MPL MYSG Musim Keenam).
Berita itu diumumkan di Facebook page beliau, Hangus Gaming
Assalammualaikum.. Dengan ini berakhirlah perjuangan saya di Esport, Terima kasih kepada smua yg terlibat kerana memberi…
Posted by Hangus Gaming on Wednesday, 2 December 2020
Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua peminat yang memberi sokongan selama ini.
Hangus juga mengatakan “berakhirlah perjalanan saya di Esport,”, memberikan bayangan bahawa beliau ingin bersara daripada industri ini.
Sebelum ini, Hangus pernah bermain sebagai pemain profesional di Traitor dan berada dalam Team Saiyan. Beliau juga pernah jadi jurulatih Todak buat beberapa ketika.
Semoga berjaya selepas ini Hangus!
Foto: MPL MYSG
12 Pemain Dota 2 Profesional Dari Malaysia Yang Bergelar Jutawan Muda
Kalau korang tergolong dalam orang yang fikir esports hanyalah untuk pemalas sahaja atau bukan suatu aktiviti setanding dengan sukan sebenar, saya nak nasihatkan korang teliti balik statement itu. Negara kita sebenarnya penuh dengan bakat-bakat pemain profesional. Jika korang tak percaya, negara Malaysia tercarta di nombor 16 antara negara yang mempunyai pendapatan esports paling tertinggi iaitu sebanyak USD$7.1 juta (RM2.9 juta) daripada 427 pemain profesional.
Berikut adalah 12 atlet esports yang menerima bayaran tertinggi di Malaysia dan mari kita lihat berapa banyak mereka memperoleh pendapatan sepanjang kerjaya mereka melalui wang terkumpul dari kemenangan pelbagai liga esports.
(Nota: Senarai ini berdasarkan daripada esportsearnings.com dan tidak mengambil kira gaji pemain, tajaan pemain dan pelbagai bayaran dari organisasi)
12. Lai “Ahjit” Jay Son
Jumlah wang terkumpul: RM312,673
Baru sahaja melibatkan diri dalam arena kompetitif Dota 2 tiga tahun lepas untuk pasukan K2.Apes dan Wu Jie, Lai “Ahjit” Jay Son serlahkan bakatnya apabila dia bermain bersama pasukan WarriorsGaming.Unity yang pernah melayakkan diri ke peringkat suku akhir liga premier The Boston Major pada tahun 2016.
Ahjit juga antara pemain Malaysia yang dapat pengalaman berharga dengan bertanding ke liga tinggi Dota 2 bersama Fnatic untuk The International 2017 bersama atlet esports Malaysia lain, Ohaiyo dan ADTR meskipun hanya berkongsi kedudukan ke-17 dan ke-18. Sejurus itu, dia mengasah bakatnya lagi bersama Fire Dragoon dengan memenangi tempat ke-lima untuk WESG 2017 dengan hadiah kemenangan USD$25,000 (RM10,2475).
Kini, dia memegang role Carry dalam pasukan Clutch Gaming dari bulan Mac tahun ini sehingga sekarang.
11. Joel “XtiNcT” Chan Zhan Leong
Jumlah wang terkumpul: RM385,423
Joel “XtiNcT” Chan Zhan Leong bukan calang-calang orangnya. Dia antara atlet esports yang berbekal pengalaman berharga dalam arena Dota 2 setaraf Mushi dan pernah menyertai pasukan antara yang disegani di Asia Tenggara, Nirvana.my. Bakat XtiNcT dicungkil apabila dia sertai pasukan Orange pada tahun 2011 dan berjaya menang tempat ketiga sebagai kapten kedua di The International 2013.
Setelah menyertai pelbagai pasukan seperti Can’t Say Wips, Invasion eSports, Banaaaanas, Vici Gaming Potential dan Mineski-X, XtiNcT memasuki pasukan Team Flash tahun lepas pada mulanya sebagai jurulatih. Kini, dia mengambil kembali tampuk sebagai pemain role Support untuk Team Flash sehingga sekarang.
10. Lee “kYxY” Kong Yang
Jumlah wang terkumpul: RM515,384
Lee “kYxY” Kong Yang memulakan perjalanan Dota 2 secara profesional apabila dia menyertai pasukan MUFC pada umur 20 tahun. Karier profesional melonjak ke tahap lebih tinggi ketika dia menyertai pasukan Orange Esports pada tahun 2013 sebagai pemain utama bagi pasukan Orange Esports.
Pada tahun yang sama, kYxY mengaut keuntungannya paling besar iaitu kira-kira USD$65,609 (RM267,343) setelah bertanding dalam 10 acara esports termasuk tempat ketiga di The International 2013 bersama-sama Mushi, Ohaiyo, XtiNcT, and Net. Sekarang, dia bermain role Carry untuk pasukan TNC Tigers.
9. Lim “Net” Wai Pern
Jumlah wang terkumpul: RM623,374
Jika hendak dibandingkan perjalanan karier profesional Dota 2 antara kYxY dan Lim “Net” Wai Pern, mereka seperti berjalan dalam langkah yang sama. Kedua-dua mereka telah menyertai MUFC dan juga menyambut kemenangan mereka bersama di The International 2013 semasa mereka berdua adalah pemain untuk Orange Esports pada tahun 2013.
Buat masa kini, Net main role Support untuk Battle Arena Elites. Pasukan mereka juga pernah masuk bertanding untuk The International 2018 tetapi sayang sekali tersungkur di peringkat kelayakan Asia Tenggara.
8. Kam “Moon” Boon Seng
Jumlah wang terkumpul: RM827,935
Seng “Moon” Kam Boom atau dikenali sebagai “NaNa”pada permulaan kariernya sebagai ahli pasukan GeNySiS, Invasion Esports dan Sabun Warrior. Moon tiba ke kemuncak kerjaya esports ketika dia tiba di peringkat suku akhir di liga The Boston Major 2016.
Kini, dia bermain untuk role Solo Middle bagi pasukan Mineski yang baru sahaja memenangi Dota 2 Asia Championships pada April lepas.
7. Adam Erwann Shah “Adam” bin Akhtar Hussein
Jumlah wang terkumpul: RM1,486,246
Adam Erwann Shah “Adam” bin Akhtar Hussein atau lebih dikenali sebagai “343”yang pernah menggalas jawatan berbeza sebagai atlet esports dan jurulatih dalam arena kompetitif Dota 2. Dia memulakan perjalanan kerjaya profesional Dota 2 pada lewat tahun 2013 sebagai ahli pasukan Duskbin E-sports.
Adam terus bekerja keras dengan menyertai pelbagai pasukan dari Asia Tenggara seperti Can’t Say Whips, Team 123 dan Team Tarin. Tahun 2016 merupakan antara tahun cemerlang bagi Adam kerana pasukannya, Fnatic merangkul tempat keempat di The International 2016. Hadiah tempat keempat bernilai USD$1.4 juta (RM5.6 juta) itu dikongsi bersama ahli-ahlinya, MidOne, Ohaiyo dan DJ.
Sejurus dari kejayaan itu, dia melebarkan sayapnya sebagai jurulatih untuk pasukan compLexity Gaming bagi peringkat Amerika Utara di The International 2017 pada tahun 2017. Bagaikan sirih pulang ke gagang, dia menyertai Fnatic semula sebagai jurulatih selama 2 tahun, menggantikan Ahmad “ADTR” Syazwan. Pada Mei tahun ini, dia meninggalkan Fnatic untuk menyambung kembali kariernya sebagai pemain mengawal role Support bagi compLexity Gaming.
6. Chong “Ohaiyo” Xin Khoo
Jumlah wang terkumpul: RM2,383,594
Chong “Ohaiyo” Xin Khoo merupakan antara pemain Dota 2 profesional disegani ramai dan dia memulakan kariernya di MUFC pada tahun 2012. Pada tahun 2013, dia tergolong dalam satu program akademi Orange Esports Dota 2 sebelum diserap masuk ke dalam pasukan Orange bagi menggantikan Mushi buat sementara waktu. Meskipun prestasi Orange tidak begitu memberangsangkan dalam liga-liga Dota 2 ketika itu, Orange berjaya memecah dari kemelesetan berkenaan dengan memenangi tempat ketiga di The International 2013.
Tahun 2016 adalah tahun paling bermakna bagi Ohaiyo apabila dia mengaut sebanyak USD$392,328 (RM1,596,127), hasil dari kemenangan tempat keempat di The International 2016 bersama Fnatic. Namun demikian, komuniti Dota 2 Malaysia digegarkan dengan berita Ohaiyo ditendang keluar dari Fnatic pada awal tahun ini lalu dia menyertai pasukan China LGD.Forever Young buat sementara waktu. Untuk masa sekarang, dia bermain role Offlaner bagi Battle Arena Elites.
5. Tue “Ah-fu” Soon Chuan
Jumlah wang terkumpul: RM2,421,339
Dari seorang amateur ke atlet esports bertaraf dunia, peralihannya daripada pasukan WarriorsGaming.Unity ke pasukan negara China LGD.Forever Young benar membuahkan hasil apabila pasukan LGD.Forever Young berjaya menang tempat ketiga di The International 2017. Dia bertukar menjadi jutawan segera bersama wang hadiah sebanyak USD$2.6 juta (RM11.2 juta) yang dikongsikan bersama ahli-ahli lain.
Selepas menyambut kemenangan gempak di The International 2017, Ah-fu tidak menunjukkan tanda-tanda untuk berehat dari arena Dota 2 dan mahu terus berusaha untuk The International 2018 tetapi pasukannya kalah kepada Invictus Gaming semasa peringkat kelayakan China. Walaubagaimanapun, dia masih lagi mengasah kebolehannya bersama LGD.Forever sebagai role Support di China.
4. Wong “ChuaN” Hock Chuan
Jumlah wang terkumpul: RM3,038,697
Semuanya bermula pada tahun 2009 apabila Wong “ChuaN” Hock Chuan cuba bermain Dota dek kerana kecederaan yang mengakibatkan dia berhenti bermain bola keranjang. ChuaN ialah salah satu ikon atlet Dota dan Dota 2 yang sudah lama berkecimpung dalam arena pertandingan. Dengan karier esports yang sudah mencecah hampir satu dekad, dia pernah bermain Dota bersama dengan pasukan seperti Kingsurf dan Aeon. Kemudian, dia terbang ke China untuk menjadi atlet esports bagi pasukan Nirvana dan LGD serta pernah diserap ke Invictus Gaming bersama-sama ahli pasukan lain dari LGD.
Semasa dia menyertai Invictus Gaming, pasukannya menjadi salah satu pasukan paling digeruni di liga besar dan berprestij Dota 2. Ini terbukti apabila Invictus Gaming pernah menjuarai liga The International 2012. Oleh sebab itu, dia merupakan satu-satunya orang Malaysia ketika ini membawa pulang trofi kemenangan pada tahun 2012 bersama Invictus Gaming.
Pada tahun 2015, ChuaN pernah menyertai Newbee tetapi akhirnya mengambil masa berehat selepas Newbie berkongsi tempat nombor 9 ke nombor 12 di The International 2016. Walaupun menyepi dari bermain secara kompetitif bagi seketika waktu, dia masih lagi berada di tempat atas dalam carta pemain Dota 2 paling berjaya di Malaysia. Tahun ini, dia kembali bermain untuk pasukan Echo International sebagai kapten dan role Support.
3. Chai “Mushi” Yee Fung
Jumlah wang terkumpul: RM4,160,141
Berusia 28 tahun, Chai Yee Fung atau nama lain “Mushi” yang cukup terkenal dalam kalangan komuniti Dota 2 di Malaysia. Berasal dari Rawang, karier profesional Dota 2 bermula ketika dia menyertai pasukan Orange Esports pada tahun 2011. Mushi sudah lama berkecimpung dalam arena kompetitif Dota 2 sehingga dia melibatkan diri dalam liga The International sebanyak empat kali.
Pengalaman pertama The International bagi Mushi adalah memenangi tempat ketiga bersama Orange Esports pada tahun 2013. Setahun kemudian, dia memenangi tempat keempat bersama Team DK pada tahun 2014. Mushi mengulang kembali kejayaan The International bersama Fnatic, membawa pulang hadiah USD$1.4 million (RM5.6 million) selepas mendapat tempat keempat di The International 2016.
Mushi ialah kapten dan juga mid player untuk Mineski yang juga dibarisi oleh atlet esports kelahiran Malaysia Kam “Moon” Boon Seng, dua atlet lain dari Asia Tenggara dan seorang atlet dari Amerika Syarikat. Antara 18 pasukan terbaik di dunia, Mineski merupakan salah satu pasukan dari Asia Tenggara yang terpilih untuk bertanding di The International 2018. Meskipun demikian, prestasi The International yang keempat bagi Mushi tidak begitu memberangsangkan kerana pasukannya, Mineski berkongsi kedudukan tempat ke-9 sehingga ke-12 dengan empat pasukan lain.
2. Zheng “MidOne” Yeik Nai
Jumlah wang terkumpul: RM4,163,750
Meskipun Zheng “MidOne” Yeik Nai hanya memulakan karier profesional Dota 2 tiga tahun lalu, MidOne sudah digelar sebagai pemain Dota 2 utama di dunia selepas dia pernah mendapat kedudukan teratas berdasarkan match-making rating (MMR) iaitu sebanyak 9,155 dalam leaderboard Dota 2 untuk benua Eropah pada tahun lepas.
Ketika Fnatic membawa pulang tempat keempat di The International 2016, itu merupakan kemuncak utama dalam kariernya. Prestasinya yang mengagumkan berjaya meletakkan dia bersama pasukan dari Eropah, Team Secret. Penyertaan dia ke Team Secret menjadikannya sebagai atlet esports Malaysia pertama berpindah ke Eropah untuk bermain Dota 2 secara profesional.
Penglibatan MidOne sebagai role solo middle bersama Team Secret terbukti cemerlang. Team Secret meraih hadiah kemenangan tempat pertama USD$125,000 (RM30,641) untuk DreamLeague Season 9 dan juga dapat USD$120,000 (RM29,415) untuk tempat keempat bagi China Dota2 Supermajor.
Lebih-lebih lagi, Team Secret turut dijemput untuk bertanding di The International 2018. Namun, Team Secret kecundang ke atas tangan PSG.LGD tetapi MidOne dan ahli pasukannya berjaya meraih tempat keempat dengan wang pulangan sebanyak USD$1,78 juta (RM7.3 juta) di liga berprestij ini.
1. Yap “xNova” Jian Wei
Jumlah wang terkumpul: RM4,553,405
Memulakan karier Dota 2 secara profesional dalam usia muda 16 tahun, Yap “xNova” Jian Wei mengorak langkah kanan dalam arena esports Dota 2 dengan menyertai Lowyat.Net Esports pada tahun 2015. Sejak dari itu, dia sudah berganding bahu bersama ramai atlet Dota 2 popular untuk pelbagai pasukan profesional seperti Who2Bet, Mineski, WarriorsGaming.Unity dan bermain seketika dengan Clutch Gaming.
Tambahan pula, dia meluaskan lagi karier esports ke China untuk sertai LGD Gaming iaitu pasukan pertama dari negara China memenangi EPICENTER XL. Pada awal tahun ini, Paris Saint-Germain merupakan pasukan bola Eropah pertama yang memeterai perjanjian perkongsian bersama LGD Gaming lalu menukar nama pasukan menjadi PSG.LGD.
Pada The International 2018, xNova bermain sebagai role Support untuk pasukan PSG.LGD dan dia kini digelar jutawan muda setelah pasukannya PSG.LGD berjaya memenangi tempat kedua sekaligus membawa pulang wang kemenangan terkumpul The International 2018 bernilai USD$4.1 juta (RM16.8 juta) yang dikongsikan bersama empat ahli pasukannya.
Melihat kembali senarai 12 atlet esports meraih pendapatan paling tinggi di Malaysia seperti tertera di atas, kami tidak dapat nafikan bahawa Malaysia penuh dengan atlet-atlet esports berbakat dan kompetitif yang akan sentiasa mengharumkan nama negara di persada antrabangsa.
Arena esports juga makin mendapat nama dalam kalangan rakyat Malaysia. Sebagai contoh, YB Syed Saddiq juga mendukung kuat penglibatan atlet esports Malaysia dengan memberi sokongan penuh terhadap KL Hunters iaitu pasukan pertama yang membawa pulang trofi kemenangan liga ASEAN League of Legends semasa berada di Hyperplay Singapura.
Tak lama lagi, dua atlet esports Malaysia akan bertanding dengan atlet-atlet esports dari negara serantau Asia dalam liga PES 2018 di Asian Games 2018 yang berlangsung di Indonesia bermula dari 26 Ogos sehingga 1 September. Nantikan liputan dan update liga-liga esports di Asian Games 2018 dari MyGameOn!
Untuk baca artikel penuh dalam versi bahasa Inggeris di Gamehubs, korang boleh klik di sini.
Demo The Last of Us Part II Menunjukkan Ellie Lebih Lincah, Lawan Zombi Baru & Musuh Pintar
Selepas pendedahan tarikh pelancaran, Naughty Dog berkongsi lebih lanjut mengenai demo The Last of Us Part II yang menunjukkan peningkatan mendadak berbeza dengan The Last of Us pertama sempena Outbreak Day.
Seperti mana korang tahu, korang akan bermain sebagai Ellie untuk game kedua ini dan demo ini mengambil tempat sehari selepas trailer E3 2018 yang menonjolkan Ellie dan kawan baiknya, Dina menari dan bermesra. Dalam demo ini, kita dapat lihat rutin harian Ellie yang bertugas sebagai penjaga kawasan bersama Dina untuk elakkan zombi (Infected), ancaman bahaya dari manusia dan orang terselamat.
Demo yang berdurasi 2 hingga 3 jam ini menunjukkan tempat Ellie dan Joel telah menetap di bandar Jackson. Berikut adalah lima perkara baru yang kita ketahui dalam demo terbaru The Last of Us Part II.
Ellie lebih ligat
Dalam The Last of Us, Ellie hanya boleh dimainkan dalam jangka masa pendek dan dari situ, kita boleh lihat Ellie ini sangat lincah dari segi pergerakan berbanding Joel.
Kelincahan Ellie ini membolehkan pemain untuk melompat ke tempat lebih tinggi dan memperbanyakkan cabaran teka-teki berlandaskan persekitaran. Selain persekitaran luas, Ellie juga mengelak serangan musuh, merangkak dan masuk ke ruang-ruang sempit untuk lari dari pandangan musuh.
Grafik tampil realistik
Selepas Uncharted 4: A Thief’s End, Naughty Dog sekali lagi menampilkan grafik yang lebih realistik. Dengan peningkatan teknologi zaman sekarang, efek-efek alam semulajadi boleh dihasilkan semula dalam game seperti efek jejak salji ditinggalkan kuda, kawasan tempat tinggal diliputi salji dan kesan ribut salji.
Zombi baru dan anjing memburu lagi menakutkan
Terdapat pelbagai jenis zombi baru yang pemain akan berhadapan seperti Shambler dan Stalker. Shambler bertindak sebagai ‘tank’ dan boleh mengambil banyak serangan dan mengejar Ellie sambil meninggalkan gas hakisan.
Pengarah The Last of Us Part II, Neil Druckmann berkongsi pemain juga bakal ada perlawanan bos mini dalam game. Antara yang ditonjolkan adalah Stalker, satu kelas zombi baru campuran Runner bergerak laju dan Clicker buta tetapi memburu manusia segar menggunakan deria pendengaran. Stalker boleh lari, sembunyi, ambil masa untuk serang kita.
Ellie juga bakal berhadapan dengan puak manusia baru digelar sebagai WLF yang mempunyai anjing yang boleh mengesan pemain melalui deria bau tinggi lalu menyukarkan pemain untuk bergerak secara senyap.
Sistem kraf dipertingkatkan
Buat pertama kali, pemain boleh belajar kebolehan yang dipecahkan kepada beberapa bahagian yang mana korang boleh ubahsuai mengikut citarasa pemain sendiri. Seperti biasa, pemain masih perlu mengumpul bekalan (supplements) untuk membuka kebolehan baru.
Pelbagai kebolehan boleh korang terokai seperti Survival yang fokus kepada peningkatan nyawa, memperluaskan jarak Listen Mode dan membaling. Crafting pula menguatkan serangan dekat dan mempercepatkan kelajuan kraf. Stealth boleh bunuh musuh secara senyap dengan meningkatkan kelajuan pergerakan, lebih cepat membunuh dan membuka alat penyenyap pistol.
AI rakan dan musuh pintar
Untuk beri cabaran kepada pemain, musuh menjadi lebih pintar kerana mereka berkomunikasi terhadap serangan dilakukan oleh Ellie. Sebagai contoh, jika Ellie menumbangkan seorang musuh, kawan mereka akan jerit menandakan Ellie berada di situ.
Rakan karibnya, Dina turut berkemampuan setaraf dengan Ellie dalam cara untuk mempertahankan diri daripada serangan dan tahu masa yang tepat untuk melarikan diri.
Walaupun demo ini mengambil masa dua hingga tiga jam, pengarah The Last of Us Part II berkata ini adalah “pecahan” kecil daripada game ini. Menurut Naughty Dog, ini merupakan game terpanjang dan terbesar yang mereka pernah hasilkan.
The Last of Us Part II dilancarkan pada 21 Februari 2020 khas untuk PS4.
Adakah korang teruja dengan The Last of Us Part II? Kongsikan pendapat korang bersama kami.
Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.
God of War dengan mod Simpsons adalah sesuatu yang anda perlu tengok
Boleh dikatakan dalam dunia permainan video PC akan wujud satu mod yang anda boleh terfikir untuk setiap permainan yang ada.
Jadi apa yang lebih menarik jika anda letak Homer dan Bart dari Simpsons ke dalam God of War.
Bayangkan Kratos menjadi Homer dan Bart menjadi Atreus.
Mod ini direka oleh Omega Fantasy.
Apa yang lebih menarik semua skrip ini diubah menjadi skrip Homer dan Bart.
Interaksi di antara mereka berdua sangat penuh dengan perkara-perkara yang anda tidak sangka mereka akan cakap.
Ned Flanders pula akan menjadi ‘the stranger’ iaitu Baldur.
Apa yang lebih menarik sebenarnya lakon suara yang dibuat adalah dari pelakon suara watak-watak Simpsons.
Ini bukan pertama kali Homer dimasukkan ke dalam mod permainan malah baru-baru ini Homer juga sudah diabadikan dalam Elden Ring untuk berlawan dengan Shrek.
Honkai Impact 3 Versi 4.8 [The Phantom of the Theater] dan Battlesuit S-Rank Baru Seele [Starchasm Nyx] pada 27 Mei!
Shanghai: miHoYo mengumumkan Honkai Impact 3 akan melancarkan versi baru v4.8 ‘The Phantom of the Theater’ pada 27 Mei ini. Battlesuit S-Rank ‘Starchasm Nyx’ turut hadir untuk para pemain. Anda boleh melihat video acah di bawah:
Kemaskini baru ini juga mendatangkan beberapa acara baru seluruh server seperti ‘Stan Wars’ dan babak cerita baru ‘The Legion Theater’. Untuk Stan Wars juga membolehkan anda untuk mengundi karakter kesukaan anda dalam Honkai Impact 3.
Stan Wars ini merupakan pertandingan pertama untuk mengundi karakter kesukaan masing-masing yang selama ini sentiasa menjadi pendebatan yang hebat antara pemain Honkai Impact 3.
S-Rank battlesuit ‘Starchasm Nyx’ juga akan datang semasa versi baru ini. Sebagai QUA battlesuit, Seele boleh membuat serangan ais yang tinggi dengan sabit besar dalam Burst mode.
Jangan lupa sertai lebih banyak acara, misi dan cabaran baru untuk mendapatkan Valkyrie Fragvyom [S], stigma, pakaian, dan Crystals secara percuma.
Maklumat lanjut boleh layari di laman web Honkai Impact 3.

Live Videos
demo upcoming
Trending News
PUBG Mobile kolaborasi dengan Dragon Ball!
PUBG Mobile hari ini mengumumkan kolaborasi bersama siri anime ikonik sepanjang zaman, Dragon Ball. Ia bersempena filem terbaru, Dragon Ball Super: Super Hero yang dilancarkan di panggung wayang.
Ia mengisahkan tentang Askar Red Ribbon yang dimusnahkan oleh Son Goku dan kini kembali dalam bentuk Androids, Gamma 1 dan Gamma 2. Inilah masanya wira bumi berganding bahu menewaskan mereka.
Dragon Ball Super: Super Hero sudah pun ditayangkan di panggung wayang berdekatan anda.
Sebelum ini, PUBG Mobile sudah pun berkolaborasi bersama Neon Genesis Evangelion, Jujutsu Kaisen dan Arcane.
Streamer diharamkan dari Twitch kerana bersenggama ketika bersiaran langsung
Twitch mengharamkan seorang streamer kerana sedang bersiaran langsung ketika sedang bersenggama.
Tidak pelik untuk Twitch mengharamkan seseorang itu disebabkan kandungan seksual namun kali ini ramai orang cuba untuk melanggar peraturan yang ditetapkan oleh Twitch.
Siapa sangka ada individu yang begitu berani membuat penstriman siaran langsung seumpama ini.
If you’re going to try bang while streaming, make sure there isn’t a reflection pic.twitter.com/qmFrPAPeFO
— Dexerto (@Dexerto) August 25, 2022
Siaran langsung ini berlaku pada 24 Ogos lepas dan streamer itu menggunakan nama kimmikka.
Ketika strim, dia berdiri menghadap meja dan tidak lama kemudian ekspresi mukanya berubah sekaligus menarik perhatian chat.
Dia cuba untuk menutup perkara ini namun bayangan teman lelakinya jelas kelihatan di cermin dan jelas ternampak di dalam kamera.
Nampaknya, Twitch seolah-olah berubah sejak penambahan Hot Tub Stream.
If you’re going to try bang while streaming, make sure there isn’t a reflection pic.twitter.com/qmFrPAPeFO
— Dexerto (@Dexerto) August 25, 2022Gara-gara RRQ tewas, IG Player EVOS Legends hilang?
El Clasico di antara EVOS Legends dan RRQ Hoshi sudah tidak asing lagi di dalam arena kompetitif Mobile Legends Indonesia.
Kedua-dua pasukan ini dianggap sebagai dua kuasa besar dan mempunyai peminat yang sangat ramai dalam kalangan penyokong Indonesia.
Baru-baru ini, EVOS Legends baru sahaja menewaskan pasukan RRQ Hoshi dengan skor 2-0 tanpa balas di musim liga MPL ID s10 dan perkara ini dilakukan dengan hanya menurunkan barisan pemain baru mereka.
View this post on Instagram
Namun begitu, kemenangan EVOS itu menyebabkan segelintir netizen yang tidak berpuas hati lalu membuat laporan ke atas akaun Instagram milik pemain jungler EVOS Legends iaitu Sutsujin.
Disebabkan laporan itu, akaun Instagram Sutsujin tidak boleh diakses dan ini menyebabkan peminat EVOS Legends berang terhadap individu yang membuat laporan itu.
Akan tetapi, perkara ini sudah menjadi sinonim di Indonesia dan sikap provokasi itu harus dihentikan bagi melahirkan persekitaran e-sukan yang sihat.
Memang ramai minat OG, ESL One Malaysia catat 362,000 tontonan kemuncak
Kejohanan Dota 2, ESL One Malaysia 2022 yang diadakan di Arena of Stars, Genting Highlands pada 23 Ogos hingga semalam mencatatkan angka tontonan yang menarik.
Menerusi data ditunjukkan oleh Esports Chart, sebanyak 362,000 tontonan kemuncak dicatatkan untuk kejohanan itu. Malah, tontonan purata adalah lebih 150,000 tontonan.
Tontonan tertinggi adalah pada Grand Final ketika wakil Eropah, OG Esports menentang skuad China, Team Aster yang mana pasukan dianggotai oleh Taiga, Bzm, Ammar, Chu dan Yuragi itu menewaskan Aster dengan kemenangan bersih 3-0.
Kesemua perlawanan OG ke atas Fnatic, Thunder Awaken dan Team Secret mencatatkan tontonan tertinggi antara semua perlawanan milik pasukan lain.
Menerusi kejohanan itu, OG membawa pulang hadiah wang sebanyak AS$175,000 (RM785,000). Walaupun kejohanan ini tidak memberikan mata DPC, namun ia sangat meriah.
Arena of Stars mencatatkan lebih 15,000 pengunjung selama tiga hari yang rata-ratanya peminat Dota 2 hadir untuk menyaksikan perlawanan, membeli merchandise dan hadir sesi fan-signing.
Foto keseluruhan: Stephanie Lindgren | ESL
Bekas pemain EVOS SG, JPL dan Youngin tubuhkan organisasi e-sukan, disokong oleh Avium
Bekas pemain EVOS SG, Akihiro “JPL” Furusawa dan Daryl “Youngin” Ng kini menubuhkan organisasi e-sukan mereka, Slate Esports.
Yang menariknya, mereka disokong oleh Avium dan akan bertanding dalam Liga Profesional Mobile Legends (MPL) Singapura pada September ini.
Sebelum ini, pasukan EVOS SG dibubarkan dan kesemua pemain membawa haluan masing-masing bermula Julai lalu.
Kebanyakan pemain Slate Esports adalah dari EVOS SG yang dibubarkan di mana mereka mendapat tempat keempat pada Kejohanan Dunia MLBB, M3, Disember lalu.
Sokongan Avium ini bagi memastikan Slate Esports akan mewakili jenama ini dan mengikut ekosistem Avium yang merangkumi model Founder’s Pass.
Dalam ekosistem ini, mereka menggunakan platform Web3 yang mana matlamatnya adalah untuk memberi peluang kepada pembina mencipta IP sendiri.
Pastinya harapan JPL dan Youngin dalam menubuhkan organisasi e-sukan sendiri akan menjadi lebih cerah di bawah kelolaan Avium.
Justeru, mereka mensasarkan untuk berjaya ke Kejohanan Dunia, M4 tahun depan di Jakarta, Indonesia. M4 akan mempertandingkan hadiah terkumpul AS$800,000 dan disertai oleh pasukan MLBB terbaik dunia.