PUBG Mobile Memperkenalkan War Mode Dan Sistem Clan – Apa Lagi, Kumpul Lah Geng-Geng Korang!

By Hazril Md Nor | July 25, 2018

Sekarang, korang dah boleh cuba mod baru di PUBG Mobile! War Mod adalah kandungan terbaru selain sistem achievementsskin eksklusif dan banyak lagi.

Kemaskini ini hadir selepas sebulan apabila mod penembakan tunggal (first-person shooting) diperkenalkan pada Jun. Untuk pengetahuan korang, War Mode ini adalah di PC untuk PUBG.

War Mode menempatkan dua pasukan yang terdiri daripada 50 pemain yang mana mereka berbunuhan sesama sendiri dan satu pembunuhan akan memberikan tiga mata. Membunuh pihak yang tersungkur dan menghidupkan kembali rakan akan mengurniakan satu mata. Bagi pasukan yang mendapat 100 mata pertama dikira pemenang.

Kemaskini baru ini juga memperkenalkan sistem clan. Pemain boleh mencipta clan mereka sendiri ataupun menyertai yang lain bagi mendapatkan ganjaran eksklusif dengan menyelesaikan misi tertentu. 

Selain itu, ini dia penambahan lain yang menarik untuk korang!

  • Sistem achievement
  • Skin eksklusif untuk kelengkapan, senjata dan kenderaan
  • Senjata SLR Sniper

Sumber: Gamespot