Ini semua pasukan e-sukan yang menunjukkan solidariti kepada Ukraine

By syazwanbahri | February 27, 2022

Konflik Ukraine-Rusia yang bermula pada hari Khamis lalu adalah suatu yang tidak diduga dan Rusia juga dilaporkan membedil Ukraine dalam serangan yang dasyat seperti di lihat di media sosial. Letupan dilaporkan berhampiran lapangan terbang Kyiv dan bandar lain menyebabkan undang-undang tentera dilaksanakan oleh Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky.

Beberapa pemain dan organisasi dalam komuniti e-sukan berganding bahu dan menunjukkan solidariti kepada mangsa Ukraine. Ramai ahli berpengaruh dalam komuniti e-sukan juga berkongsi pengalaman mereka atau menawarkan sokongan dan doa kepada mereka yang terjejas akibat tragedi itu.

NAVI

Sebagai salah satu pasukan yang bertapak di Ukraine, NAVI menukar logonya kepada warna bendera Ukraine. Pasukan itu juga membuka saluran sumbangan kepada sesiapa yang berminat untuk meyumbang.

Team Spirit

Ahli pasukan Team Spirit adalah dari kedua-dua Ukraine dan Rusia tetapi mereka meluahkan kekesalan mereka di Twitter.

TenZ

Pemain VALORANT yang berasal dari Kanada ini juga menyatakan kekesalan dia terhadap Rusia. Dia juga marah terhadap pengguna media sosial yang tidak mengambil isu ini dengan serious.

Asuna

Asuna atau nama sebenar Peter Marzuyk adalah pemain Amerika berketurunan Ukraine yang kini bermain untuk 100 Thieves. Keluarganya masih menetap di Ukraine tetapi masih selamat menurut kicauannya di Twitter.

Astralis

Astralis juga yang dikenali dengan logo merah hitam kini menukar logonya kepada warna bendera Ukraine.

Ninjas in Pyjamas

Fnatic

G2 Esports

Team Liquid

Pengasas bersama Team Liquid Victor Goossens malah membuka pangsapuri Belanda pasukan untuk pemain bukan Team Liquid yang terperangkap di negara lain.

Dia juga mendedahkan bahawa pasukan itu bersedia membantu orang lain yang menghadapi keadaan yang sama dengan penginapan di tengah-tengah krisis.

Semoga konflik ini tidak akan berterusan dan dapat diselesaikan dengan tenang.