Syarikat ini memberi cuti berbayar kepada stafnya agar dapat menikmati Elden Ring hari pertama

By syazwanbahri | February 27, 2022

Studio permainan indie Jepun PocketPair mengumumkan di Twitter bahawa syarikat itu memberi pekerjanya satu hari cuti pada 25 Februari untuk bermain Elden Ring.

Menurut tweet dari akaun Twitter rasmi syarikat itu, Ketua Pegawai Eksekutif Takruo Mizobe menawarkan cuti berbayar ‘Elden Holiday’ sebagai pengiktirafan bahawa kakitangan akan ‘tidak dapat memberi tumpuan kepada kerja’ pada hari saga terbaru From Software dilancarkan.

Staf juga tidak perlu hadir ke pejabat pada hari Isnin walaupun ianya hari bekerja.

Menurut kicauan itu, syarikat itu menjangkakan bahawa pekerja tidak akan dapat menumpukan perhatian pada kerja apabila Elden Ring dilancarkan pada 25 Februari dan memutuskan untuk memberi mereka cuti sehari.

Syarikat itu juga berkata bahawa beberapa pekerja baru-baru ini bersiap untuk mengalahkan permainan secepat yang mereka boleh dan menjadi Elden Lord dengan mengasah kemahiran mereka pada Dark Souls.

Sumber rujukan: Automaton Media