miHoYo melabur ke reaktor nuklear demi kemaslahatan semua

By Mike Hayate | March 1, 2022

Syarikat miHoYo yang bermula dari tahun 2012 sehingga sekarang banyak mengubah landskap permainan video mudah alih.

Game developer MihoYo launches Metaverse brand HoYoverse

MiHoYo nampaknya menggunakan duit banyak mereka untuk kajian reaktor nuklear.

Genshin Impact sahaja tidak termasuk permainan video lain telah mendapat AS$2 bilion (RM8 bilion) dan ini hanya untuk versi mudah alih sahaja.

Menurut PanDaily, miHoYo menjadi pelabur utama bersama NIO Capital untuk satu syarikat digelar Energy Singularity.

Pelaburan yang dibuat adalah sebanyak AS$63 juta (RM252 juta).

Syarikat Energy Singularity ini dibuat untuk penyelidikan menggunakan tokamak iaitu satu peranti berdasarkan sistem magnet dan suhu tinggi bahan superkonduktor.

Tokamak adalah satu rekaan konsep pembelahan nuklear untuk mencapai gabungan nuklear.energy

Jika berjaya, teknologi ini mampu melawan perubahan iklim denga memberi tenaga yang bersih dan boleh digunakan oleh orang ramai secara komersial.

Syarikat ini akhirnya ingin menunjukkan slogan mereka bukan hanya untuk ditunjuk.

Slogan ‘Tech otakus save the world’ akhirnya akan menjadi kenyataan.

Ini juga bukan pertama kali miHoYo membuat pelaburan dalam benda yang membantu semua orang.

Sebelum ini juga mereka sudah membuat satu penyelidikan untuk membantu orang dengan masalah depresi dengan teknologi otak dan komputer.

MiHoYo juga pernah menggunakan duit Honkai Impact 3rd untuk pembinaan dan pembagunan anak-anak muda di sekolah.

Siapa agaknya yang menjadi whale atau sultan sehingga miHoYo mampu membuat penyelidikan seperti ini.

Rujukan:PanDaily