Na’Vi putuskan kerjasama dengan banyak organisasi e-sukan Rusia

By Mike Hayate | March 2, 2022

Berikutan konflik di antara Ukraine dan Rusia, banyak organisasi e-sukan di Rusia juga menghadapi masalah.

Kini Na’Vi memutuskan kerjasama mereka dengan beberapa organisasi e-sukan di Rusia.

Semua organisasi ini masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai konflik yang sedang berlaku.

Organisasi yang terbabit adalah RuHub, Epic Esports Events, Cubersports.ru dan Virtus.pro.

Na’Vi menganggap posisi mereka sekarang adalah tidak boleh diterima dan tidak berperikemanusiaan.

“Kami juga mahu berterima kasih dan bersyukur kepada mana-mana syarikat dan pekerja yang tidak takut untuk memberi tekanan dan menyatakan posisi mereka. Terima kasih.”

Pekerja dan pemain Na’Vi kini sedang berlindung di teampat perlindungan bom.