Guna ‘kematian’ dalam Dark Souls 3 sebagai motivasi untuk belajar

By Mike Hayate | March 2, 2022

Betul lah permainan video sebenarnya boleh berjalan bersama-sama pembelajaran.

Inilah yang dibuat oleh seorang pelajar di Jepun untuk mendapat motivasi untuk belajar.

Apa yang dia buat ialah apabila karakternya mati di Dark Souls 3 maka dia akan belajar selama 10 jam untuk setiap kematian.

Image

Dark Souls 3 antara permainan video paling susah untuk dimainkan dan nyata permainan video ini sangat sesuai sebagai motivasi pelajar ini.

Penstrim ini melakukan strim di laman sesawang Niconico sama seperti Youtuber atau Twitch.

Jika dia mati dia akan belajar selama 10 jam.

Image

Ramai yang akan memberi komen “kamu belajar” apabila mati.

Image

Lebih menakjubkan pelajar ini juga akan membiarkan strim dibuka dan orang ramai perlu melihat dia belajar.

Impian pelajar itu adalah untuk pergi ke Universiti Tokyo yang juga salah satu universiti berprestij didalam dunia.