Sambutan ulang tahun keempat PUBG MOBILE dengan pameran dan juga trak bersama Xiaomi

By Hazril Md Nor | March 2, 2022

Permainan mudah alih popular Asia Tenggara, PUBG Mobile, bakal meraikan ulang tahun keempat pada tahun ini. Bagi meraikan sambutan tahunan istimewa pada tahun ini, PUBG Mobile akan mengadakan kerjasama bersama syarikat pengeluar telefon pintar kedua terbesar dunia, Xiaomi untuk melancarkan acara trak istimewa pada 1-20 Mac.

Acara yang cukup istimewa itu bakal diadakan di beberapa negeri terpilih iaitu Kedah, Pulau Pinang, Johor, Selangor dan Kuala Lumpur. Berikut adalah jadual acara roadshow Ulang Tahun Keempat PUBG Mobile 2022 untuk Kedah dan Pulau Pinang, manakala lokasi untuk Johor, Selangor dan Kuala Lumpur akan diumumkan pada masa kelak.

 

  • Kedah: 1 – 3 Mac 2022

 

    1. Star Parade Complex – 1 Mac 2022, 10am – 6pm
    2. Amanjaya Mall – 2 Mac 2022, 10am – 6pm
    3. Central Square – 3 Mac 2022, 10am – 6pm

 

  • Pulau Pinang: 4 – 6 Mac 2022

 

    1. Pacific Mega Mall – 4 Mac 2022, 10am – 6pm
    2. Prangin Mall – 5 Mac 2022, 10am – 6pm
    3. Straits Quay – 6 Mac 2022, 10am – 6pm

Pelbagai aktiviti yang bakal diadakan termasuklah perlawanan TDM 4V4 Fun Match, yang menawarkan UC lumayan untuk para peserta.

Pada masa yang sama, pengunjung juga berpeluang untuk memenangi skin terhad, barangan eksklusif sempena PUBG MOBILE 4th Anniversary menerusi aktiviti Spin to Win.

Kemuncak acara tahunan ini akan dianjurkan pada 23 Mac – 3 April 2022 di Sunway Pyramid, Selangor dengan beberapa aktiviti diadakan termasuklah rakaman rancangan realiti yang membabitkan personaliti-personaliti PUBG Mobile popular tanah air, pameran sempena PUBG MOBILE 4th Anniversary dan juga permainan yang disediakan dengan kerjasama Xiaomi.

“Sejak pelancaran PUBG MOBILE pada tahun 2018, kami berbangga untuk mengumumkan permainan PUBG MOBILE telah pun mencatat sebanyak 1 billion muat turun di platform iOS dan juga Android di seluruh dunia.

“Dengan perkembangan permainan PUBG MOBILE dari segi permainan dengan juga ekosistem e-sukan, kami kini sudah di ulangtahun ke-4 PUBG MOBILE. Dengan ini, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada kesemua pemain-pemain PUBG MOBILE di luar sana bersama kami sepanjang empat tahun ini.

“Semoga pemain-pemain PUBG MOBILE dapat menyambut ulangtahun ke-4 bersama kami dengan meriah di roadshow dan pameran yang akan datang!,” kata Oliver Ye, Pengarah PUBG MOBILE SEA.

“Sebagai rakan telefon pintar rasmi, kami amat teruja untuk meraikan ulang tahun keempat PUBG MOBILE tahun ini bersama-sama mereka. Kami berharap semua yang berada di Malaysia dapat bersama memeriahkan sambutan istimewa ini kerana terdapat banyak aktiviti menarik yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

“Kami juga tidak sabar untuk melihat para peminat PUBG MOBILE, Xiaomi Fans dan pemain gemar mencuba keupayaan peranti-peranti raja kelas pertengahan mampu milik terbaharu kami di bawah siri Redmi Note 11.

“Teknologi inovatif Xiaomi melalui telefon pintar bertujuan untuk mencabar sempadan penglihatan, sensasi dan kepantasan seseorang. Jadi, jangan ketinggalan dan bersama-sama kita bangkit dan sahut cabaran semasa menikmati keseronokan aktiviti yang dianjurkan nanti,” kata Nicolas Shi, Pengurus Negara untuk Xiaomi Malaysia dan Singapura.