Pemain Kini Boleh Bermain Sebagai Quiet Dalam Metal Gear Solid V

By Hazril Md Nor | July 29, 2018

Kemaskini terbaru Metal Gear Solid V: The Phantom Pain dikeluarkan minggu ni. Mesti korang pelik, selepas 3 tahun tapi masih ada update dikeluarkan.

Apa yang berubah? Sekarang korang boleh main sebagai Quiet!

Menurut Konami, korang tak boleh menukar uniform Quiet seperti karakter lain. Dia dianggap sebagai seorang yang expert dengan menggunakan Sniper dan mempunyai tangan yang steady ketika aiming. Pergerakannya juga sangat laju dan boleh melompat tempat tinggi yang mana pemain lain biasanya perlukan tangga.

Selain itu, dia juga lebih licik untuk menjatuhkan musuh, mempunyai special dash dan kalau Quiet berdiri lama, dia boleh menjadi invisible.

Kalau korang tak kenal siapa Quiet, dia yang juga dikenali sebagai Tixij, adalah assassin yang pertama kali diperkenalkan dalam Metal Gear Solid V. Pada awalnya, dia adalah assassin untuk XOF dan kemudian menjadi ally kepada Venom Snake.

 

Quiet dikenali dengan pakaian yang agak longgar (jawapan paling selamat) kerana dia hanya boleh makan atau bernafas menerusi kulitnya kerana menjalani rawatan parasit disebabkan luka yang sangat teruk.

Metal Gear Solid V: The Phantom Pain sekarang sedia dimainkan di PlayStation 4, Xbox One, PC, Xbox 360 dan PS3. Ia pada mulanya dilancarkan pada September 2015 dan dianggap sebagai game paling menarik generasi ini.

 

Sumber: Comicbook