Panduan Karakter Xavier Defier of Light – hero mage baru MLBB

By Mike Hayate | March 21, 2022

Xavier, the Defier of Light kini akan hadir ke Land of Dawn pada esok.

Hero ini dalam misi untuk menyingkirkan semua ajaran sesat yang bertentangan dengan gereja.

Xavier juga kini bersama-sama Yin dan Melissa sebagai ahli ketiga Forsaken Light.

Skill

Xavier mempunyai tiga kuasa aktif dan satu kuasa pasif sama seperti hero lain dalam Mobile Legends.

Pasif – Transcendence (Buff)

passive xavier

Xavier akan meningkatkan kebolehan skillnya setiap kali mengena hero musuh. Setiap kuasa Xavier akan mendapat kelebihan berbeza.

Skill 1: Damage skill meningkat sebanyak 120%

Skill 2: Damage skill meningkat sebanyak 125% dan aoe bertambah

Ultimate: Skill damage meningkat sebanyak 130% dan cooldown diturunkan sebanyak empat saat.

Skill 1 -Infinite Extension (AoE/Slow)

skill 1 xavier

Xavier akan menembak Mystic Bullet dan mengenakan damage sebanyak 300-500 (+120% keseluruhan Kuasa Magis) terhadap musuh.

Skill 2 – Mystic Field (AoE)

skill 2 xavier

Xavier akan mengeluarkan Mystic Barrier yang bertahan selama lima saat. Musuh yang terkena dengan skill ini akan perlahan sebanyak 50% dan dikenakan damage.

Hero pasukan Xavier pula akan mendapat kelajuan pergerakan yang akan hilang dalam 1.2 saat.

Barrier yang dikeluarkan juga akan membesar apabila musuh terkena dengan kuasa Xavier yang lain.

Ultimate – Dawning Light (Burst/Buff)

ultimate skill 3 xavier

Xavier akan mengeluarkan satu serangan ke hadapan dalam satu garisan lurus.

Selepas menggunakan kuasa ini Xavier akan terus mendapat skill pasif Transcendence Tahap Ketiga.

Kombo

Kombo yang boleh digunakan adalah Skill 1>Ultimate>Skill 2

Anda perlu memaksimumkan Skill 1 dahulu kerana itu adalah skill yang paling banyak digunakan.

Item

Xavier lebih banyak memerlukan build yang mengurangkan Cooldown dan memaksimakan Kuasa Magis.

Mage Emblem

Mage Emblem juga sesuai untuk Xavier.

Anda memerlukan cooldown reduction dan magic penetration.

Maxed my mage emblem | ◇Mobile Legends Amino◇ Amino

Battle Spell

Seperti biasa Flicker, Flameshot dan Purify sangat mudah boleh digunakan mengikut situasi.

Xavier kini menjadi mage terbaru untuk Mobile Legends Bang Bang dan sangat kuat setakat ini apabila dicuba dalam advanced server 

Early-game Xavier juga sangat baik namun mid-game adalah masa Xavier sangat menakutkan sehingga late-game.

Adakah Xavier bakal menjadi meta untuk mage baru dalam MLBB?