5 hero permulaan untuk pemain baru Mobile Legends

By Hazril Md Nor | March 28, 2022

Bagi sesiapa yang baru berjinak-jinak dalam permainan mudah alih Mobile Legends, pasti anda buntu hero apa yang ingin dipilih untuk dibawa ke Land of Dawn.

Ada kawan-kawan mencadangkan Layla, Eudora dan sebagainya. Hmm… mesti anda terfikir kenapa hero-hero ini?

Penulis sendiri sebenarnya ada cadangan beberapa hero yang boleh dimainkan. Tak perlu belajar lama untuk mahir hero ini kerana selepas dua tiga perlawanan anda pasti dah selesa menggunakannya.

1. Layla

Ya tepat sekali. Layla adalah hero percuma diberikan pada awal penciptaan akaun dan ia sangat senang dimainkan.

Hero wanita memegang senapang besar ini sebenarnya sangat sesuai untuk pemain baru. Anda hanya perlu ke Gold Lane, bawa spell Inspire untuk lawan musuh.

Kuasa Layla juga sangat mudah difahami yang mana kuasa pertama memberikan serangan anda bertambah jauh. Ulti pula adalah lazer di garis lurus jadi Layla mudah untuk digunakan.

2. Eudora

Mage Eudora antara yang paling asas dalam MLBB. Anda mempunyai tiga kuasa yang sangat kuat untuk meleburkan nyawa musuh.

Kombonya? Gunakan skill kedua untuk pegun dan diikuti dengan ultimate, kemudian akhir sekali kuasa pertama. Kombo ini sangatlah berbahaya sehingga mampu membunuh marksman dan jungler yang belum membeli Athena’s Shield.

Macam mana mahu bermain Eudora dengan efektif? Tipsnya, anda perlu ke midlane dan dapatkan level 4 secepat mungkin. Sesudah mempunyai ulti, anda harus roam (pergi ke lane lain membantu rakan).

Cara lebih efektif pada late game adalah menyorok dalam semak dan menunggu kehadiran marksman lalu gunakan kombo yang penulis katakan tadi.

3. Rafaela

Hero penyembuh ini sangatlah mudah digunakan. Anda hanya perlu membeli item roaming iaitu Favor. Walaupun anda tak dapat EXP pada awal perlawanan, namun anda membolehkan mage di midlane naik level dengan pantas.

Jika sudah cukup 600 stacks, setiap heal anda akan menambahkan satu lagi ekstra heal kepada rakan yang paling sikit jumlah nyawa. Ini sangat bagus untuk anda roam dan menyembuhkan pasukan.

Rafaela juga sangat berguna ketika roam kerana kuasa pertama yang boleh melihat musuh tersembunyi terutamanya dalam semak samun dan kuasa kedua untuk menyembuh dan menaikkan kelajuan pergerakan. Ultinya pula untuk pegun musuh.

4. Franco

Hero tank ini sangat mudah digunakan untuk pemain baru. Anda punya tugas adalah menarik musuh dan menggunakan ulti untuk memberhentikan pergerakan mereka.

Franco juga sering berada dalam meta sekarang apabila digunakan secara kerap di liga profesional (MPL) dan juga rank.

Gunakan Franco jika anda seorang yang suka roam membantu rakan dan ingin menghalang Jungler atau Marksman dari membunuh karakter rakan-rakan anda.

Ingat untuk membeli item roaming iaitu Conceal bagi membolehkan anda bergerak laju bersama pasukan untuk menangkap musuh. Jika digunakan, ia juga membuatkan anda dan pasukan tidak dapat dilihat dengan jelas oleh musuh.

5. Zilong

Siapa tidak kenal Zilong? Hero ini sangatlah menjengkelkan apabila anda sudah mempunyai sekurang-kurangnya tiga items.

Zilong adalah hero dengan serangan lembing yang laju dan berterusan kepada musuh. Jadi gunakan Zilong untuk push tower dan dapatkan objektif bagi pasukan.

Hero ini juga sangat berguna pada akhir perlawanan apabila pasukan musuh sibuk melawan ahli pasukan anda sementara anda gunakan peluang untuk split push ke arah inhibitor musuh.