[RASMI] DarA, Ryeb dan Paaa dari Team OP dikenakan ban dua tahun
Tiga pemain Team OP, darA, Ryeb dan Paaa akhirnya dikenakan ban selama dua tahun dari menyertai kejohanan MPL dan kejohanan MLBB.
Dalam satu hantaran sebentar tadi, MPL SG mengenakan hukuman itu atas isu provokasi terhadap pemain Geek Fam, Nik Aqieff (Dominus).
Sementara itu, Bush pula dikenakan ban setahun saja dari kejohanan MLBB dan MPL.
Team OP pula dikenakan penolakan 10 mata kerana salah urus pemain.
Menurut MPL SG, mereka mula melakukan siasatan pada 29 Mac mengenai perlawanan ranked yang membabitkan pemain pasukan Geek Fam dan Team OP.
Didapati ketiga-tiga pemain meninggalkan komen berbaur agama di ruangan chat manakala Bush pula menimbulkan gangguan.
MPL SG juga berharap semua dapat menjalankan tanggungjawab sosial dan tidak melakukan perkara yang kurang senonoh.
Mereka juga akan memperbaiki segala operasi di masa depan bagi menangani isu seumpama ini.