MLBB: Marksman dan Jungler wajib beli item ni

By Hazrul Md Nor | May 10, 2022

Setiap item yang dipakai oleh hero di dalam permainan peranti mudah alih Mobile Legends memberikan kekuatan dan pertahanan ke atas hero itu sendiri.

Lebih-lebih lagi jika kita bijak membeli item yang sesuai untuk counter pihak lawan. Perkara ini memberikan kita kelebihan untuk memenangi perlawanan itu.

Jika anda bermain dan bertemu dengan banyak hero yang menggunakan serangan fizikal seperti Lancelot, Yi Sun Shin dan juga Hayabusa.

Anda harus bijak untuk counter serangan hero itu dengan membeli item Wind of Nature. Item ini membuatkan anda kebal dari serangan fizikal selama dua saat dengan cooldown selama 70 saat.

Item ini menjadi kunci kemenangan buat para pemain yang menggunakannya di waktu yang genting untuk counter hero serangan fizikal.

Adakah anda juga menggunakan item ini apabila berhadapan dengan banyak hero serangan fizikal? 

Nyatakan jawapan anda di ruangan komen.