DOTA 2: Arcana Vote 2018 Semi Finalis – Rubick Mengungguli 13 Juta Undian

By Hazril Md Nor | August 9, 2018

Seminggu je lagi sebelum Group Stage untuk The International 2018 bermula — tapi sekarang, kita boleh saksikan Battle Pass terus menambah prize pool dan Arcana Vote menemukan semi-finalis mereka.

Sejak Battle Pass dikeluarkan, undi Arcana ini dah pun bermula dan sekarang hanya empat hero yang tinggal; Rubick, Spectre, Invoker dan Faceless Void.

Suku akhir menyaksikan Bristleback, Sniper, Anti-Mage dan Wraith King masih dalam pertandingan tapi apabila jutaan undian dikira, kita hanya menemui 4 finalis.

Sniper vs Rubick

Bristleback vs Spectre

Invoker vs Wraith King

Faceless Void vs Anti-Mage

—-

Rubick memiliki undi majoriti di sini dengan hampir 13,000,000 undian ke atas Sniper dalam pusingan sebelumnya. Di pusingan semi final ini, kemungkinan Rubick akan terus menerima undian lebih banyak dan Invoker mungkin akan terus menerima undian yang normal — kini menduduki tempat kedua. 

Dalam bilangan 5 hari lagi untuk semi-final Arcana Vote ini, macam mana agaknya Rubick dengan Invoker sebagai dua hero yang bertahan di pusingan akhir. Kalau berlaku twist (Invoker menerima undian tak dijangka) pastinya lebih menarik untuk disaksikan.

Sumber: VPEsports