Afghanistan mengharamkan PUBG dan TikTok

By Hazril Md Nor | April 22, 2022

Afghanistan nampaknya mengamalkan dasar baharu dengan mengharamkan aplikasi media sosial TikTok dan juga permainan PUBG: Battlegrounds. Menurut sebuah laporan, ia berikutan polisi moral baharu di negara itu.

Kata jurucakap Afghanistan, Inamullah Samangani, PUBG dan TikTok diharamkan kerana permainan itu dikatakan menyesatkan generasi muda dan mengandungi kandungan serta program kurang bermoral.

Aplikasi TikTok itu juga dikatakan mempunyai kandungan yang tidak selari dengan undang-undang Islam.

Terdahulu, negara itu menerima aduan yang banyak tentang dua aplikasi itu. Disebabkan hal ini, kedua-dua aplikasi ini tidak boleh diakses oleh sesiapa di Afghanistan.

Sumber: nme.com