“Isu ‘toksik’ ini sudah diselesaikan dengan baik,” – Pabz

By Hazrul Md Nor | April 23, 2022

Berikutan isu toksik yang didebatkan di dalam kenyataan jurulatih pasukan Orange Esports, Pabz di dalam temu ramah di pentas MPL MY S9 tadi, dia kini mengeluarkan kenyataan kepada umum untuk menjelaskan isu yang terjadi.

Kenyataan itu dimuat naik di dalam sebuah hantaran Instagram rasminya sebentar tadi.

https://www.instagram.com/p/CcswnL1h4aL/

Menurutnya, toksik dan taunting adalah dua perkara yang berbeza. Pabz  juga berkata dia tidak mempunyai masalah jika hanya dikenakan taunting oleh pihak lawan.

Walau bagaimanapun, isu itu sudah diselesaikan oleh kedua-dua pihak dengan baik.

Pabz memohon agar netizen tidak memanjangkan isu yang terjadi. Dia cuma inginkan komuniti e-sukan yang sihat bebas dari toksik dan cacian.

Sementara itu, jurulatih Team Caracal, Kuja turut memuat naik hantaran di Instagram Story menyatakan Pabz tidak bersalah dan pihak mereka turut ada salah.

Mereka juga sudah menyelesaikan masalah itu di belakang tabir dan mengucapkan tahniah kepada Orange kerana layak ke MSC 2022.

Kuja juga mengharapkan isu ini tak dipanjangkan lagi. Semoga kita semua mengambil iktibar dari apa yang terjadi.

Foto: MOONTON Games